Salam Maal Hijrah 1434H

Apa itu erti hijrah bagi anda?

Saya sudah pun berhijrah dari bujang ke berkeluarga dan baru-baru ini, berhijrah menjadi seorang bapa.

Hijrah itu sangat meluas bidangnya, namun pergertian tetap sama iaitu berubah kepada yang lebih baik.

Disebabkan blog ini lebih menjurus kepada kewangan, sempena maal hijrah atau awal muharam ni, bolehlah kita menanam azam untuk memperbaiki semula segala perancangan asal kita pada awal tahun 2012 mahupun awal muharam 1433H lalu.

1. Kemaskini pendapatan, hutang-piutang semasa.

2. Susun semula penjadualan pembayaran hutang.

3. Mencari pelbagai sumber pendapatan tambahan bagi mengurangkan jumlah hutang dan menambah simpanan anda.

4. Buat pelan belanjawan anda tahun 2013 kelak bagi memudahkan anda merancang dengan sempurna.

5. Buat laporan harian, mingguan, bulanan, suku tahunan. Buat laporan dan cetak seterusnya letakkan di dalam satu file yang boleh anda ambil pada bila-bila masa. Bagi yang save tree, boleh disimpan di dalam laptop mahupun iCloud/DropBox/GoogleDrive.

6. Sentiasa fokus kembali kepada matlamat kewangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang anda.

Selamat Mencuba dan Salam Maal Hijrah.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ini..Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Salam Maal Hijrah 1434H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge