• Tabung Pendidikan Anak Anda

    by  • 03/11/2012 • Protection & Investment • 0 Comments

    tabung duit syiling

    Kenapa anda perlu sediakan tabung pendidikan untuk anak anda?

    1. Anda sayang pada anak anda. Anda akan cuba sedaya upaya memenuhi segala permintaan mereka. Itu amanah Allah yang perlu anda pelihara. Siapa yang tak sayang anak kan? Sedangkan haiwan pun mengajar anak sehingga mereka mampu berdikari barulah berpisah dengan anaknya meneruskan kehidupan sendirian.

    2. Inflasi. Segala di dunia ini akan menyerap inflasi kecuali emas, hartanah di atas faktor kenaikan positif setiap tahun. Tapi betul ke pendidikan turut terkena tempias inflasi. Pendidikan sebenarnya tidak terlibat secara langsung dengan faktor inflasi. Namun bagaimana pula kos operasi institut pendidikan tinggi awam mahupun swasta, sebagai contoh gaji para pensyarah pastinya akan naik setiap tahun, material pembelajaran seperti projector, market pen. Jika anda pelajar UiTM Fakulti Pengurusan sahaja, kos per semester pada 2011 ialah RM400+, namun pada 2012 ialah RM500+. Mungkin secara purata, kita ambil kenaikan kos ialah 5% bagi setiap 4tahun, kos selepas 20tahun dari sekarang ialah 25%.

    3. Subsidi Pendidikan/ Biasiswa. Bagi pendidikan awal sehingga ke pendidikan menengah mungkin masih lagi boleh disubsidi oleh kerajaan. Namun begitu, bagi pendidikan atasan sangatlah tinggi. Sebagai contoh, pelajar jurusan kejuruteraan di Universiti Malaysia Perlis(UniMAP) memerlukan kos RM3200 setahun secara total RM12,500(4 tahun pengajian). Sebenarnya pihak kerajaan telahpun memberikan subsidi sehingga 80% jumlah keseluruhan kos pengajian. Biasiswa yang kerajaan pusat atau negeri mahupun pihak swasta dipenuhi dengan permohonan namun pelajar masa kini rata-ratanya sudah bijak terlampau ramai. Jadi berapa cerah peluang anak anda untuk mendapat biasiswa?

    Jadi apa yang telahpun anda rancang untuk anak anda?

    Jika belum ada perancangan, anda boleh buat perancangan mereka sekarang. Melalui pelan takaful PruBSN Smartlink, kini anda boleh menarik nafas lega. Pelan takaful yang memberikan perlindungan kematian, 36 penyakit kritikal, kad perubatan, kemalangan dan sebagainya malah memberikan ganjaran melalui EduSmart bonus.

    Boleh juga ditambah rider Parent Income Benefit, yang mana membayar elaun bulanan kepada anak anda seandainya anda meninggal dunia, dihidapi Penyakit Kritikal serta Hilang upaya sehingga anak anda berumur 25tahun. Jumlah elaun bulanan tertakluk kepada 2/3 daripada gaji bulanan anda. Sebagai contoh, gaji anda tahunan anda RM36,000 atau RM3,000 sebulan. Maka dari jumlah itu, 2/3 ialah RM 2000. Maka anda boleh menyediakan elaun bulanan sehingga RM2000 kepada anak anda.

    Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya untuk mendapatkan quotation terkini dan rundingan terus dengan anda.

    Call/SMS/Whatsapp 013-3111452.

     

    Juga lihat artikel berkaitan

    1. Insuran/Takaful: Kenapa sekarang?
    2. Jangan berikan keluarga anda harapan palsu.
    3. Surah Al-Baqarah ayat 240

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge