Dividen Amanah Hartanah Bumiputera

Credit to hmetro

Satu lagi pelaburan yang disediakan khas untuk bumiputera sahaja yang memegang portfolio pelaburan hartanah. AHB akan mengumumkan pulangan pelaburan pada akhir bulan April dan September setiap tahun.

Pelaburan Hartanah Berhad (“PHB”), sebuah anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (“YAHB”) dan Mayban Investment Management Sdn. Bhd. (“Mayban Investment Management”) meletakkan 6.50 peratus kadar pulangan tahunan apabila ditanda aras terhadap pendapatan 12 bulan Akaun-i Pelaburan Am, Maybank Islamic Berhad.

Dividen yang telah diumumkan
2012 = 3.25% +3.25% = 6.5 %

10 April – Agihan pendapatan interim 3.25 sen seunit yang akan melibatkan anggaran pembayaran berjumlah RM32 juta kepada pemegang-pemegang Unit Amanah Hartanah Bumiputera (“AHB”) atau (“Dana”) untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2012
Agihan pendapatan AHB, jika ada, akan dibuat pada setiap enam bulan bagi tempoh berakhir 31 Mac dan 30 September setiap tahun dan ianya dikecualikan daripada cukai. Pembayaran pertama untuk tahun ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun-akaun bank pemegang unit pada 10 April 2012.

24 Okt. – Pelaburan Hartanah Bhd. (PHB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan interim sebanyak 3.25 sen seunit untuk para pemegang unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).
Agihan itu melibatkan anggaran pembayaran kira-kira RM31 juta kepada para pemegang unit amanah berkenaan, iaitu untuk kali kedua berakhir 30 September lalu.

Sumber: http://www.utusan.com.my/

2011 = 2.17%+3.25% = 5.42%

Dana ini telah mengisytiharkan agihan pendapatan pertamanya sebanyak 2.17 sen untuk tempoh kira-kira empat bulan berakhir 31 Mac 2011. Kemudian, untuk tempoh enam bulan berakhir 30 September 2011, Dana ini mengisytiharkan agihan pendapatan yang kedua sebanyak 3.25 sen seunit.

AHB adalah yang pertama seumpamanya yang menawarkan harga tetap RM1.00 seunit untuk dana unit amanah bersandarkan hartanah yang patuh Syariah yang membolehkan pelabur-pelabur Bumiputera menyertai pemilikan benefisial aset hartanah dengan pelaburan permulaan minimum sebanyak RM500. Dana ini diperkenalkan untuk pelabur-pelabur dengan selera risiko sederhana yang mahu menerima pendapatan kerap dan potensi hasil pulangan tinggi yang diperolehi melalui pelaburan-pelaburan strategik PHB di dalam hartanah-hartanah perdana di lokasi-lokasi pilihan di bandaraya-bandaraya utama di Malaysia. Dana ini boleh dilanggani di kesemua cawangan Maybank di seluruh negara.

AHB diuruskan oleh Mayban Investment Management, ditaja oleh PHB sementara pemegang amanah Dana ini adalah AmanahRaya Trustees Berhad.

SUMBER:
http://www.phb.com.my/
http://www.hmetro.com.my/articles/DividenAHB3_25senseunit/Article

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge