• PruBSN Takaful tanpa Ko-Takaful

    by  • 03/12/2012 • Protection & Investment • 0 Comments

    Alhamdulillah, sudah sebulan pelan kad perubatan tanpa ko-takaful dari PruBSN Takaful melalui enhancement dari TakafulHealth2.

    Melalui pilihan Zero Deductible, pencarum tidak lagi perlu membayar ko-takaful 10% seperti kebiasaannya.

    Sijil takaful yang terdahulu menggunakan pendekatan ko-takaful 10% di mana pencarum perlu membayar 10% dari keseluruhan bil perubatan iaitu
    Minimum RM300, Maksimum RM1000 untuk rawatan semasa pembedahan
    Minimum RM300, Maksimum RM2000 untuk rawatan selepas pembedahan

    Ko-takaful wujud bagi memberikan win-win situation, di mana 10% rawatan akan ditanggung oleh pihak pencarum manakala selebihnya iaitu 90% ditanggung pihak takaful.

    Ko-takaful juga membolehkan para pencarum tidak sesuka hati menggunakan kad perubatan yang mana akan membebankan pihak takaful, juga bagi memastikan jumlah had tahunan dan seumur hidup dimanfaatkan sepenuhnya.

    Namun dengan pemilihan Zero-Deductible, pencarum tidak lagi perlu membayar ko-takaful. Ini merupakan satu lagi inisiatif pihak PruBSN Takaful menarik lebih bakal pencarum yang kurang kemampuan dalam menyediakan ko-takaful yang mana sedikit keberatan bagi sesetengah individu.

    Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut mengenai pelan terbaru ini. 013-3111452(Whatsapp/SMS/Call) Fadhlan

    Terima kasih.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge