• Bagaimana Pelan Tindakan 2013 anda?

    by  • 29/01/2013 • Pengurusan Masa • 0 Comments

    Assalamualaikum.

    Hampir genap sudah sebulan kita menjalani tahun 2013. Saya percaya ramai yang semangat awal tahun ini untuk melaksanakan misi tahunan masing-masing.

    Kebiasaannya ramai yang mengimpikan untuk membeli kereta baru, membeli rumah, menyelesaikan hutang, baik hutang belajar mahupun hutang peribadi.

    Tips yang saya mahu kongsi cukup mudah dan ringkas.

    Buat pelan perancangan (To-Do List) untuk setiap minggu. Bagi meningkatkan keberkesanan, sila tulis di dalam buku diari ataupun planner anda. Setiap malam sebelum tidur, catat segala perancangan untuk setiap hari dan pada hari Ahad, catat segala perancangan yang dirangka untuk dilakukan sepanjang minggu. Setiap perancangan yang berjaya dilakukan perlulah ditandakan, dipotong ataupun mengikut apa jua cara yang anda rasakan sesuai.

    Maka pada minggu berikutnya, anda boleh semak semula segala perancangan anda yang tidak berjaya dilakukan pada minggu lepas untuk dilaksanakan pada minggu ini.

    Cubalah, If we fail to plan, we plan to fail.

    InsyaAllah, kita mampu merancang, Allah jualah yang menentukannya.

    Tips tulis To-Do-List di sini

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge