• Gazet Perintah Gaji Minimum 2012

    by  • 31/01/2013 • Isu semasa, Malaysia • 0 Comments

    Assalamualaikum.

    Lanjutan kepada post saya yang terdahulu Gaji Minima RM900 bermula 1 Januari 2013, saya sedar isu ini mungkin akan ditimbulkan kembali, lebih-lebih lagi ada pembaca saya yang menelefon saya mengenai perkara ini.

    Saya menulis post yang berkaitan adalah sekadar berkongsi maklumat mengenai isu semasa di Malaysia ini lebih-lebih lagi isu gaji sudahpun sekian lama dibincangkan sejak beberapa ketika dahulu berikutan kadar inflasi serta ketidaktentuan harga barangan mengalahkan kadar peningkatan gaji.

    Saya juga dengan ini memaklumkan bahawa saya bukanlah pengamal undang-undang atau bahasa mudahnya bukan seorang peguam. Namun tak salah untuk kita berkongsi maklumat sepenting ini.

    Sebagaimana yang sedia maklum, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 273) telah dikuatkuasakan mulai 15 September 2011. Bagi menguatkuasakan Akta tersebut, Menteri kini membuat Perintah Gaji Minimum 2012 P.U. (A) 214) yang telah diwartakan pada 16 Julai 2012 untuk menetapkan, antara lain, perkara-perkara berikut:

    (i) Perintah Gaji Minimum 2012 ini akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2013;
    (ii) Kadar gaji minimum yang kena dibayar adalah RM900 sebulan bagi seluruh Semenanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah/Sarawak/Wil. Persekutuan Labuan;
    (iii) Mana-mana pekerja/majikan boleh memohon penundaan dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh Perintah ini dikuatkuasakan kepada majikannya;
    (iv) Majlis boleh mengkaji semula atau mengambil tindakan yang perlu menurut kuasa mereka di bawah sek. 21, 22 dan 23 Akta 273. 3.

    Sekadar tambahan info,

    Perintah Gaji Minimum 2012 telah diwartakan pada 16 Julai 2012 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013 bagi majikan yang menggaji enam orang pekerja atau lebih. Tarikh permulaan kuat kuasa ini juga terpakai kepada majikan yang menjalankan aktiviti-aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja.

    Majikan yang menggaji lima orang pekerja atau kurang, tarikh permulaan kuat kuasa Perintah adalah pada 1 Julai 2013. Maklumat lanjut mengenai warta dalam MINIMUM WAGES ORDER 2012 P.U. (A) 214/2012  & Pindaan P.U. (A) 470/2012 .

    Sekiranya pihak majikan atau pekerja/kesatuan sekerja memerlukan sebarang nasihat berhubung urusan penstrukturan semula gaji, bantuan boleh diperolehi daripada Jabatan Tenaga Kerja atau Jabatan Perhubungan Perusahaan yang berdekatan. Maklumat mengenai nombor telefon dan alamat Jabatan Tenaga Kerja tersebut boleh diperoleh dari laman sesawang jtksm@mohr.gov.my (bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan) atau jtksbh@mohr.gov.my (bagi negeri Sabah) atau jtkswk.mohr.gov.my (bagi negeri Sarawak). Manakala nombor telefon dan alamat Jabatan Perhubungan Perusahaan boleh diakses di jppm@mohr.gov.my.

    Permohonan penundaan tarikh kuat kuasa boleh dibuat kepada Urus Setia MPGN dengan memberikan alasan permohonan penundaan kepada:-

    Setiausaha
    Majlis Perundingan Gaji Negara
    Kementerian Sumber Manusia
    Aras 7, Blok D3, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62530 PUTRAJAYA
    Emel : mpgn@mohr.gov.my
    Faks : 03-8889 2377

    Alasan dan justifikasi yang munasabah dan kukuh perlu diberikan dalam permohonan penundaan ini. Dokumen yang perlu dikepilkan bersama adalah seperti berikut:
    (i) Maklumat asas majikan (daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia);
    (ii) Laporan Kewangan Syarikat untuk 3 tahun terakhir yang telah diaudit (tertakluk kepada tarikh memulakan perniagaan); dan
    (iii) Maklumat bulan terkini pekerja dengan pecahan pekerja tempatan dan asing bersama gaji bulan terakhir.

    Bagi majikan yang menggaji 6 orang pekerja atau lebih yang tarikh kuat kuasanya bermula pada 1 Januari 2013, permohonan tersebut hendaklah diterima oleh Urus Setia MPGN selewat-lewatnya pada 2 Oktober 2012.

    Manakala bagi majikan yang menggaji 5 orang pekerja atau kurang yang tarikh kuat kuasanya bermula pada 1 Julai 2013, permohonan tersebut hendaklah diterima oleh Urus Setia MPGN selewat-lewatnya pada 1 April 2013.

    Dapatkan juga soalan lazim mengenai gaji minima di sini.

    Sumber:-
    Kementerian Sumber Manusia
    Blog Kementerian Sumber Manusia
    Portal Utama e-Federal Gazette
    Guidelines On The Implementation Of The Minimum Wages Order 2012
    Main Search MOHR

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge