Ingin melancong selama 7 bulan dengan simpanan 13k USD?

Jadi apa plan anda baik dari segi kewangan ataupun kerjaya anda?

Credit to adventurouskate.com

Kate McCulley, 26,  bekas pengurus akaun di agensi pemasaran berhampiran Boston  yang kini menjadi penulis blog sepenuh masa di AdventurousKate.com , meletak jawatan untuk mengejar cita-cita mengembara ke seluruh pelusuk dunia.

Rancangan asalnya ialah untuk mengembara ke Asia Tenggara selama 7 bulan. Jadi ia merancang untuk menyimpan 1K USD sebulan.

Apa yang Kate lakukan untuk mencapai matlamat mengembaranya ialah tidak berhenti kerja terlebih dahulu gaji yang diterima Kate ialah 50k USD, iaitu lebih kurang 3k sebulan dan menerima gaji bulanan 2x sebulan. Perancangan rapi perlu dilakukan terlebih dahulu dan tidak tergesa-gesa untuk memperjudikan nasib tanpa sumber pendapatan tambahan yang kukuh.

Kemudian Kate menyimpan 1k setiap bulan seperti yang diperlukan. Senaraikan segala perbelanjaan, buang mana yang tidak perlu.

Utilities: $100
Student loans: $176
Rent: $800 (half of a one-bedroom in Fenway, Boston)
CharlieCard (public transit pass): $59
Netflix: $10
Chiropractry: $80
Food: $300
Social activities and impromptu food purchases (bars, movies, going out for lunch or dinner, nights out with friends): $200
Miscellaneous Expenditures: $150

Total: $1,965

 

Kate turut menamatkan langganan gim serta membeli barang di pusat membeli belah yg menawarkan harga yg murah. Berjimat cermat di setiap segi yang termampu dilakukan. Membayar sesuatu yang sangat-sangat memerlukan, dan bukan menurut kehendak semata-mata. Fokus kepada misi mengembara membuatkan Kate melupakan segala kesenangan mahupun keseronokan.

Berhenti ber’dating’ serta mengubah habit makan dan sosial. Jika sebelum ini keluar bersosial dengan rakan-rakan, diganti dengan menonton movie di rumah sahaja. Ini sama sekali menjimatkan lagi segala perbelanjaan yang dikeluarkan setiap kali bersosial. Kate juga berpindah ke rumah keluarga dan menerima deposit, lebih-lebih lagi mengembara 7 bulan. Jadi berpindah terlebih dahulu ialah lebih menjimatkan beberapa ratus.

Buka akaun khas untuk Misi Pengembaraan. Selepas menerima gaji, Kate akan menyimpan terus 1k dan hanya menggunakan 500 untuk perbelanjaan setiap 2 minggu, kerana gaji diterima 2x. Kate juga membuat kerja sampingan dengan menulis blog mengenai pengembaraan, mengambil upah sebagai penulis sampingan di Craiglist dan segala keuntungan dimasukkan ke dalam akaun simpanan Pengembaraan.

Apabila misi berjimat cermat Kate berjalan, maka keretanya juga kurang bergerak. Namun, Kate tidak bernasib baik apabila keretanya rosak dan memerlukan pembaikan yang tinggi. Tapi Kate sangat kental, tidak sesekali mengusik akaun simpanan Pengembaraannya. Apabila hampir cukup simpanan yang diperlukan, Kate membeli barang untuk mengembara sedikit demi sedikit dan ambil masa lebih untuk cari tiket paling murah.

Sumber

http://www.businessinsider.com/how-i-saved-13000-to-travel-kate-mucculley-adventurous-kate-2013-1#i-stopped-dating-too-4

http://www.adventurouskate.com/how-i-saved-13000-for-travel-in-just-seven-months/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge