• Berapa peratusan takaful bulanan anda?

    by  • 09/02/2013 • Pengurusan Kewangan, Protection & Investment • 0 Comments

    Assalamualaikum.

    Jika anda tanyakan kepada saya berapa kadar sumbangan takaful bulanan yang sesuai dengan anda? Sebagai perunding takaful, kadar yang kebiasaannya ialah sekitar 5%-10% daripada pendapatan bulanan anda.

    Contoh paling mudah, gaji bulanan anda RM2500, jadi kadar caruman takaful anda yang terbaik ialah RM250 sebulan, namun ia agak tinggi jika komitmen anda tinggi, jadi diturunkan ke 5% menjadi RM125, manakala lebihan RM125 boleh disimpan di Tabung Haji/ASB/Bank biasa.

    Bagi perancang kewangan, jumlah 10%-20% adalah jumlah kadar simpanan yang perlu kita simpan setiap bulan. Lebih tinggi lebih baik.

    Namun ia juga tertakluk kepada komitmen bulanan anda(sewa rumah, pembiayaan kereta/rumah, pembiayaan pelajaran), serta faktor pekerjaan & kesihatan semasa anda. Sebagai contoh, dengan serendah RM130 juga anda mampu memiliki tabung perubatan RM500,000 seumur hidup, itupun jika anda sihat, tidak merokok dan berumur 25tahun ke bawah.

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge