• Jadilah Majikan Bertanggungjawab

    by  • 12/02/2013 • Protection & Investment • 0 Comments

    Assalamualaikum.

    Kali ini saya ingin kongsikan mengenai tanggungjawab majikan terhadap pekerja. Pekerja bekerja dengan majikan untuk mendapatkan sumber rezeki, majikan pula memerlukan pekerja bagi memasarkan produk atau perkhidmatan kita. Kita saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh sebab itulah, kebanyakan syarikat-syarikat menyediakan perlindungan insuran/takaful bagi pihak pekerjanya.

    Sebagai contoh, pihak Telekom Malaysia menyediakan perlindungan perubatan tanpa limit klinik/hospital(untuk eksekutif ke atas) bagi pekerjanya yang juga meliputi isteri/suami dan anak pekerja sehingga 5 orang. Terdapat juga syarikat besar yang juga memberikan perlindungan perubatan termasuk ibubapa pekerja seperti LLN dan TNB. Untuk makluman, Telekom Malaysia memiliki 26,000 pekerja seluruh Malaysia maka manfaat perubatan ini sangat membantu para pekerjanya.

    Jadi bagaimana pula dengan anda sebagai majikan yang mungkin tidak memiliki beribu-ribu orang pekerja. Saya juga ada menawarkan pakej untuk perlindungan takaful bagi rawatan hospital. Ianya sesuai bagi mana-mana majikan yang memiliki sekurang-kurangnya 5orang pekerja. Yang menariknya, anda sebagai majikan diberikan pilihan insentif perubatan pekerja anda seperti berikut.

    Sebagai contoh, sumbangan takaful RM150 sebulan
    1. Majikan menyumbang 100% dari kadar sumbangan. Pekerja tidak perlu menyumbang apa-apa.
    2. Majikan menyumbang 50% dari kadar sumbangan, pekerja hanya menyumbang 50% kadar sumbangan takaful.

    Majikan boleh menyerap kadar sumbangan takaful pekerja ditolak dari gaji pekerja ataupun tidak. Sudah tahun baru, perlulah tambah sedikit faedah yang layak dimiliki pekerja.

    Namun kebaikan plan takaful yang saya tawarkan ini, polisi ini bersifat individu, maka jika pekerja anda berpindah kerja, plan takaful ini boleh terus digunakan pekerja tanpa kehilangan perlindungan takaful.

    Bagi pihak majikan, bolehlah menganggap sumbangan takaful sebagai kos operasi bagi mengurangkan pembayaran cukai keuntungan syarikat. Dan yang lebih baik, anggap ianya sebagai sedekah.

    Walaupun pelan takaful ini tidak termasuk perubatan klinik, bersifat individu dan agak mahal, namun ianya sangat berbaloi bagi pekerja anda kerana sijil takaful tetap milik mereka. Hubungi saya untuk sebutharga.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge