• Tabung Haji tambah pelaburan hartanah

    by  • 08/02/2013 • Pelaburan • 0 Comments

    Lembaga Tabung Haji akan menambah pelaburannya dalam sektor hartanah tahun ini memandangkan pulangannya yang baik pada tahun lepas, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif, Datuk Ismee Ismail.

    Sektor hartanah dijangka memberikan pulangan purata dalam lingkungan 5.5 ~6% maka, Tabung Haji akan cuba untuk meningkatkan pulangan daripada sektor tersebut.

    Tabung Haji akan melabur sehingga 20 % jumlah dana kita ke dalam sektor hartanah, setakat ini baru 13%, dan pada 31 Disember 2012, terdapat 8.2 juta pendeposit dengan dana terkumpul mencecah RM35.8 bilion berbanding tujuh juta pendeposit dan RM31.7 dana pada 2011.

    Selain itu, Ismee berkata strategi-strategi pelaburan sedia ada akan diteruskan termasuk pelaburan dalam sektor ekuiti saham. – Bernama

    Sumber:

    http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tabung-haji-tambah-pelaburan-hartanah-tahun-ini-1.129196

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge