• Takaful vs Insuran

    by  • 14/02/2013 • Islam, Pengurusan Kewangan, Protection & Investment • 0 Comments

    Assalamualaikum.

    Alhamdulillah, pada 2 Februari 2013 tempoh hari, saya berpeluang mengikuti Takaful Day, anjuran agensi PruBSN Takaful Shah Alam, di mana penceramah jemputannya ialah Ustaz Mohd Fadhli bin Mohd Faudzi.

    Banyak juga perkongsian yang dicurahkan serta terdapat juga sedikit pertikaian sesetengah peserta, di mana ada yang mempertikaikan hukum muamat Islam ini menyusahkan, mahal serta pelbagai lagi ulasan. Di sini kita tahu, bahawa kesedaran mengenai kepentingan muamalat Islam dikalangan rakyat tidak meluas. Namun, saya akan kongsikan kelak sedikit demi sedikit akan datang.

    Topik utama ialah kenapa kita perlu elakkan insuran.

    1. Insuran sudah difatwakan haram pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam kerana tidak menepati syarak serta mengandungi prinsip Gharar, Maisir serta Riba

    2. Insuran menggunakan kontrak jual beli; di mana agen insuran menawarkan polisi insuran kepada pelanggan, pelanggan membeli polisi insuran tersebut, lalu membayar caruman bulanan untuk mendapatkan perlindungan yang ditawarkan. Yang menjadikan ianya haram, rukun jual beli mestilah mempunyai:-
    i-Pembeli
    ii-Penjual
    iii-Barangan/Produk

    Di sini timbul keraguan, di mana insuran hanya membayar ketika pemegang insuran ditimpa kecelakaan/kematian. Tetapi adakah pemegang insuran tahu akan bila terjadinya musibah itu? Di sini wujud unsur Gharar iaitu ketidakpastian kerana di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:

    1. Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
    2. Masa penyerahannya telah ditetapkan.
    3. Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
    4. Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
    5. Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syara’.

    3. Berbanding dengan takaful yang menawarkan sumbangan tabarru’ ataupun menderma. Jadi tidaklah menjadi persoalan mengenai kontraknya. Ini kerana setiap peserta bersetuju untuk membuat sumbangan kepada tabung risiko yang akan membantu kepada mana-mana peserta takaful yang menerima musibah.

    Sekadar tambahan luar dari kursus ini, mengenai sumbangan tabarru yang berbeza mengikut kadar umur & faktor kesihatan, pihak takaful akan mengenakan tarif yang bersesuaian supaya mewujudkan keadilan di atas kesemua peserta. Ini dapat menjamin tabung tabarru yang diwujudkan dapat menampung keperluan masa depan kelak.

    InsyaAllah, ini yang saya dapat kongsikan pada waktu ini. Bagi yang ingin menempah kursus dan latihan/ Bengkel Kewangan & Muamalat Islam, boleh juga like page Facebook Mytijaroh Resources

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge