• Zakat KWSP

    by  • 17/02/2013 • Islam, Pengurusan Kewangan • 1 Comment

    Assalamualaikum.

    Terdetik soal wang pengeluaran KWSP baru-baru ini. Walaupun untuk pengeluaran membeli rumah pertama, jumlah yang dikeluarkan sedikit sahaja serta tak cukup haul.

    Lalu saya selidik mengenai zakat KWSP.

    FATWA DI BAWAH SEKSYEN 47, Menurut seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam jadual dan disiarkan menurut subseksyen 48(6) Enakmen itu.

    Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.

    Ramai yang tahu keadaan ini, namun ada juga yang berdalih, mengatakan perlu cukup setahun berada dalam tangan. Tapi tak perlulah bertangguh untuk menunaikan zakat, kerana kalau tunggu setahun, alamat habis la duit tu.

    “Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

    Kaedah Kiraan Zakat KWSP

    Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.

    • Milik Sempurna

      Bersama pandangan ini, zakat hanya wajib dikeluarkan ketika pencaruman mengeluarkan wang tersebut (samada ketika bersara atau membeli rumah). Kadarnya ialah 2.5%.

      Nilai zakat = Jumlah wang caruman yang dikeluarkan x 2.5%

      (Catatan : Pusat Zakat Selangor mengambil pandangan ini dalam pengiraan zakat atas KWSP)

    • Milik Tidak Sempurna

      Mengikut pandangan ini, caruman pekerja (tidak termasuk caruman majikan) yang tersimpan di dalam KWSP dikenakan zakat apabila ianya cukup nisab dan haul. Ini bermakna zakat wajib dikeluarkan pada tiap-tiap tahun apabila memenuhi syarat-syarat walaupun wang tersebut masih berada di dalam tabung KWSP. Kadar zakatnya adalah 2.5%.

     

    Zakat KWSP wajib dikeluarkan dengan kadar 2.5% apabila wang caruman dikeluarkan melalui pelbagai Skim Pengeluaran KWSP atau mengeluarkan sebagian daripada caruman tersebut.  Antara Skim Pengeluaran yang disediakan oleh KWSP ialah :

    • Skim Pengeluaran Membina/Membeli Rumah
    • Skim Pengeluaran Mengurangkan/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
    • Skim Pengeluaran Pendidikan
    • Skim Pengeluaran Kesihatan
    • Skim Pengeluaran Pekerja Berpencen (SPPB)
    • Skim Pengeluaran Persaraan Pilihan (SPP)
    • Skim Pengeluaran Mencapai Umur 50 Tahun
    • Skim Pengeluaran Mencapai Umur 55 Tahun
    • Skim Pengeluaran Hilang Upaya
    • Skim Pengeluaran Meninggalkan Negara
    • Skim Pengeluaran Kematian

    Contoh Pengiraan Zakat KWSP:

    Nisab Tahun 2012 : RM13,000

    Encik Ali mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.

    Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000 X 2.5% = RM500.00

    Walaupun tak cukup haul, boleh juga bayar zakat kan? Siapa boleh bagi nasihat?

    Sumber
    E-Zakat
    Kadar Nisab

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    One Response to Zakat KWSP

    1. 17/02/2013 at 8:09 pm

      terima kasih berkongsi info ini.
      wainazreen recently posted..Tergempar! Virgin Mary Kristian muncul di hospitalMy Profile

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge