• Tips Menabung Tabung Kecemasan

    by  • 01/03/2013 • Pengurusan Kewangan • 2 Comments

    Assalamualaikum.

    Insya Allah saya akan kongsikan mengenai Tabung Kecemasan. Maaf andai terleka bermain dengan anak, maklumlah, anak pertama kadang-kadang tak terurus juga masa.

    Rata-rata hampir 80% orang tidak mempunyai tabung kecemasan mereka. Tabung kecemasan sebenarnya digunakan untuk menampung andai berlaku peristiwa yang tidak dijangka, terutama sekali dibuang kerja.

    Tabung kecemasan selalunya dikira melalui jumlah perbelanjaan bulanan selama 6 bulan. Jika dapat 12 bulan atau 24 lebih baik.

    Sebagai contoh, pendapatan Ahmad RM3,000 manakala perbelanjaan RM2000, maka tabung kecemasan (6bulan) yang diperlukan ialah berjumlah RM12,000. Bagi mencapai tabung kecemasan RM12,000, Ahmad perlu menyimpan RM1,000 sebulan selama setahun. Selepas itu, bolehlah digunakan lebihan pendapatan itu untuk pelaburan dan sebagainya. Setahun tanpa percutian atau 6 bulan diberhentikan kerja namun masih mampu berbelanja. Pilihan di tangan anda.

    6 Langkah Penyediaan Tabung Kecemasan

    1. Berbelanja menggunakan tunai dan simpan baki
    Perkara yang utama dalam menyimpan tabung kecemasan ialah dengan menggunakan wang tunai untuk segala transaksi yang anda lakukan. Jangan sesekali menggunakan kad kredit/debit, jika anda tidak mampu untuk membayarnya.

    2. Buka akaun simpanan
    Akaun simpanan ini bagi mengelakkan duit kecemasan digunakan secara tidak terkawal. Bagi orang Islam, bolehlah menggunakan Tabung Haji kerana pengeluaran perlu ke kaunter. Jangan guna kemudahan ATM di Maybank & Bank Islam kerana kini Tabung Haji sudahpun membuat kerjasama dengan Maybank untuk urusan pengeluaran, simpanan serta daftar haji. Bagi bukan Islam, bolehlah buka akaun simpanan tetap (Fixed Deposit) yang mengenakan tempoh beku(cooling period), dimana tiada pengeluaran dibenarkan dalam tempoh yang ditetapkan.

    3. Simpanan Automatik terus ke Akaun Simpanan.
    Proses ini juga dikenali sebagai auto debit/ auto deduction dan sebagainya daripada gaji bulanan anda. Ini memudahkan anda jika “terlupa” masuk duit ke dalam akaun simpanan. Ia juga dapat melupakan berapa yang ada dalam akaun anda kerana jika kita tahu jumlah akaun simpanan, mulalah gatal tangan nak korek duit beli gadjet baru, baju baru dan sebagainya. Ingat kembali apa misi anda sebelum ini. Tabung Kecemasan!

    4. Jual Apa yang Tidak Perlu
    Jika di negara barat, mereka kerap membuat garaj sale, bootcar sales, dan sebagainya. Bagi mereka tidak perlunya menyimpan perkara yang tidak digunakan lagi, malah dengan menjualnya, dapat menjimatkan ruang rumah yang semakin hari penuh dengan barangan. Apa kata kita jual apa yang ada di dalam stor kita? Gitar buruk, video game, buku komik, tv kotak, seterika besi… Semuanya boleh dijual, samada di pasar malam, pasar karat, tepi jalan, di blog pun boleh. Asalkan jual apa yang betul-betul tidak lagi digunakan. Ada barang kita tak mahu, orang lain mahu…Cubalah, setidak-tidaknya kita dah mencuba.

    5. Kurangkan berbelanja
    Bagi mempercepatkan proses tabungan kecemasan kita, kita bolehlah memotong sesetengah perkara yang kita kerap bazirkan. Merokok, menghantar cuci kereta setiap minggu, memotong rambut setiap 2 minggu dan sebagainya. Banyak yang boleh dipotong perbelanjaannya samada kita mahu atau tidak, semuanya terpulang kepada anda.

    6. Ambil perlindungan takaful perubatan
    Ini juga salah satu tabung kecemasan yang paling optimum, dengan hanya sumbangan RM150 sebulan, anda sudahpun diberikan jaminan rawatan perubatan RM500,000 seumur hidup. Nampak beza RM 150 dan RM500,000 itu? Jika anda merasakan takaful perubatan itu membazir, tahukah anda untuk mencapai tabungan RM500,000 anda memerlukan 3333bulan atau 277tahun! Belum dikirakan kadar inflasi/faedah.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    2 Responses to Tips Menabung Tabung Kecemasan

    1. 25/04/2013 at 4:05 am

      terima kasih atas info yang deberikan…sangat berguna untuk diperaktikkan..setiap orang wajar mempunyai tabungnya sendiri..

    2. 18/12/2015 at 5:59 pm

      Tabung kecemasan ialah keutamaan pertama setiap orang. Walaupun anda belum boleh menyara diri sendiri, setiap wang yang anda perolehi, wujudkan bahagian untuk disimpan secara kekal. Yang penting bukan jumlah yang berjaya anda simpan, tetapi kosistensi anda dalam menyimpan. Pepatah sedikit-sedikit lama lama jadi bukit itu memang padan dengan konsep tabung kecemasan ini. Mulakan tabiat ini secepat mungkin.
      azwan recently posted..13 Erti Menjadi Orang Yang Gagah dan Tabah.My Profile

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge