• Harga Emas dalam trend menurun

    by  • 16/04/2013 • Pelaburan • 6 Comments

    Assalamualaikum.

    Live 24 hours gold chart [Kitco Inc.]

    Saya jarang berkongsi mengenai pelaburan emas kerana kekurangan informasi dan ilmu yang tepat mengenai pelaburan emas. Namun harga emas masa kini agak menurun, dan ianya berita baik dan berita buruk untuk pelabur emas.

    Berita baik – Boleh beli emas dengan harga yang murah

    Berita buruk – Pelabur emas sedia ada tidak dapat jual emas sedia ada kerana harga belian sangat rendah ketika ini.

    Tambahan berita baik – Boleh tambah beli emas untuk menampung kerugian pembelian terdahulu. Mengimbang semula kerugian ketika pembelian harga emas ketika waktu kemuncak.

    Saya suka rujuk kepada website PublicGold dan Kitco sebagai benchmark.

    Ini kerana saya cuma pemerhati pelaburan emas. Sejak 2011 lagi sebagai pemerhati walaupun emas kian rancak saban tahun sebagai pelindung kekayaan. Yang menariknya ketika ini, harga emas sama seperti Jun 2011.

    Pakdi juga ada menulis mengenai kejatuhan harga emas hari ini. Katanya, baik beli barang kemas untuk isteri dari beli emas ketul ni. Mungkin Pakdi mempunyai pandangan yang tersendiri kerana beliau IFP yang lebih menjurus kepada pelaburan saham berbanding pelaburan emas. Jangan pula kondem Pakdi pulak selepas ini.

    Antara rujukan lain untuk harga emas ialah Al-Rajhi Bank, Kijang Emas, UOB Bank, Dinar Kelantan dan sebagainya.

    Apa pun tindakan anda, pastikan anda tidak meminjam duit di bank untuk melabur dalam emas. Walaupun track record emas mampu memberikan pulangan tinggi untuk jangka masa panjang, namun ia bukanlah jaminan. Jika mahu jadikan sebagai pelindung kekayaan, ianya sangat subjektif bagi setiap individu. Sebabnya ada yang menyandarkan pelindung kekayaan sebenar dengan hartanah, namun apa jua teknik pelaburan anda, pastikan ukur baju di badan sendiri.

     

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    6 Responses to Harga Emas dalam trend menurun

    1. 16/04/2013 at 2:27 pm

      jadi belilah emas…

    2. 17/04/2013 at 7:43 pm

      wah, ini macam berita baik untuk saya sahaja. boleh beli emas sekarang ni. dah lama teringin nak melabur dengan emas, tapi sampai sekarang tak mula lagi. hehe
      Mohd Isa recently posted..Wordless Wednesday – Gerbang PerkahwinanMy Profile

    3. 17/04/2013 at 8:39 pm

      aku pun dah lama nk melabur dalam emas, tapi jadi pemerhati je sekarang ni. time ada duit, try start low….

    4. 17/04/2013 at 8:45 pm

      beli sebagai pelaburan jangka masa panjang, tapi pastikan duit untuk melabur itu duit lebihan, jangan duit makan bulanan pulak…

    5. 01/05/2013 at 7:38 pm

      kalau nak beli emas, ambil peluang ni…masa2 harga turun ni memang sesuai utk membeli..
      anip recently posted..Euro TravelMy Profile

    6. nnakot-pahit
      21/05/2013 at 6:56 pm

      saya antara pelabur yang dalam kesempitan… emas di ar-rahnu rm50,000.. bayar upah je dh rm400 setiap bulan.. bila overlap kena tambah lagi ribu2 rm.. aduh.. sakit kepala ku

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge