Tips Elak Pembaziran di Rumah

imagesElektrik
– Tutup lampu/kipas yang tidak digunakan, walaupun ketika anda masuk ke dalam tandas. Mandi 5-10minit, melabur ‘saham’ 10-15minit. Bagi yang sukakan pencahayaan ketika malam, pastikan penggunaan lampu adalah berkadar minima. Nampak remeh tapi cuma amalkan, dan lihat perbezaannya.

– Tutup langsir untuk mengelakkan cahaya panas masuk ketika petang (jika rumah menghadap panas petang) bagi yang menggunakan penghawa dingin. Ini akan menyebabkan penghawa dingin anda berusaha lebih kuat bagi menyejukkan suhu bilik anda. Paling terbaik, guna kipas je.

– Pastikan tutup suis peralatan yang tidak digunakan yang mempunyai standby mode(TV, radio, dan sebagainya). Ini kerana walaupun berada dalam keadaan standby, terdapat juga current yang melalui peralatan sebut dalam jumlah yang kecil namun ia juga mampu menyumbang kepada peningkatan bil elektrik anda.

– Gunakan peralatan elektrik berkuasa tinggi seperti seterika seoptimum mungkin. Ini kerana jika anda mengosok baju sehelai, elektrik digunakan untuk memanaskan besi pemanas. Jika penggunaanya kerap, kadar pemanasan akan dapat dikurangkan. Perlukan tenaga elektrik sekali sahaja untuk permulaan, dan selepas itu bergantung kepada tahap pemanas seterika. Lebih lagi seterika mempunyai cut-off jika terlampau panas dan akan mengekalkan tahap pemanasan secara sekata.

– Basuh baju seoptimum mungkin. Janganlah basuh stokin untuk satu basuhan. Tidakkah ianya membazir? Jangan pula overload, nanti meningkatkan risiko kerosakkan motor dan sistem automatik. Jimat air juga.

Internet
– Berkongsi perkhidmatan wifi dengan jiran berdekatan. Jika perkhidmatan yang jiran anda langgan RM100 sebulan, rundinglah dengan jiran agak berkongsi perkhidmatan dan hulurlah RM40/50. Tapi pastikan dia jangan tutup modem ketika anda sedang enak memuat turun cerita mahupun menonton live streaming. Mengenai bandwidth, biarlah bertimbang rasa.

Air
– Basuh baju guna tangan. Haha. Jika anda menggunakan mesin semi-auto dan automatik, kadar penggunaan biasanya 3 kali cucian. Guna tangan rasanya 1kali cuci dah terus bilas. Tapi takpe, air murah. Kat Selangor, 20 meter padu pertama percuma (bukan 20 liter), tapi ini bukan alasan untuk kita membazir air.

– Bila musim panas ni, mulalah kereta berdebu. Kita pun rajinlah membasuh siap dengan aksi baju basah, bajet seksi la sangat macam iklan awek cuci kereta dalam youtube. Menggunakan direct getah paip kurang efisen dalam membasuh kereta, melainkan menggunakan kepala penyembur halus (sprinkler) – Bila nak siram bunga, pastikan guna baldi atau bekas penyiram yang betul. Bila guna paip getah, benda tak perlu siram pun tersiram, termasuklah awek sebelah rumah yang tengah jemur baju di ampaian. (jangan lakukan bila ada isteri di sebelah)

– Guna pakai air basuhan dari mesin basuh untuk menyiram pokok bunga, namun pastikan jenis sabun basuh bukan berasaskan kimia. Mana tahu pokok anda tiba-tiba berubah warna, tak pun jadi pokok mutan (terpengaruh dengan X-Men/Hulk/Ninja Turtle- sila abaikan jika tidak faham)

– Jangan terlalu kerap “bersama” untuk suami isteri yang sah. Kalau setiap hari mandi wajib, banyak lah air yang digunakan. Positive side, your body also need rest. As i said before, even water still cheapest but that not there reason that we can waste all the water.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 thoughts on “Tips Elak Pembaziran di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge