• Tukar Nama Premis Kediaman-Puncak Alam

    by  • 22/05/2013 • MyDairy • 2 Comments

     

    IMG-20130522-01097Alhamdulillah, pada 8hb May tempoh hari, akhirnya dapat juga kunci rumah pertamaku. Selepas 7 bulan lamanya proses jual beli ni (sign S&P 18 Oct 2012), sampaikan tuan rumah lama pun fed-up nak urus niaga. Ye lah, bukan salah aku bila bank lambat cari lawyer bank, bila BNM keluar new rules tentang pembiayaan perumahan pada awal tahun ni.

    Ikutkan aku dah kena late penalty dalam RM700, namun tuan rumah setuju bayar RM200 je. Yahoo…lega. Ikutkan taknak bayar apa-apa pun sebab kelewatan disebabkan dari pihak bank bukannya pembeli, tapi aku bagi saguhati sebab sanggup tunggu lama.

    So, lepas je dapat kunci, terus pergi ukur rumah. Nak budget beli perabot, langsir. Nak kena plan bila mau pindah, mau cuci rumah lagi. Tapi paling penting, tukar nama owner. Dan disebabkan Puncak Alam ni under Kuala Selangor, jadi terpaksalah ambil cuti untuk ke Kuala Selangor nak uruskan TNB, Syabas, Cukai Pintu (MDKS).

    Tenaga Nasional Berhad.
    Alamat: TNB, No.19, Jalan Raja Idris, 45000 Kuala Selangor
    Lokasi (GPS):  3.340546,101.250783

    – Download borang Tukar Nama di laman web
    – Isi borang Tukar Nama & Akujanji (ada di pejabat TNB) dan tampal duti setem RM10 di borang dan Akujanji. So kena ada dua (2)  setem duti RM10. Sertakan salinan S&P dan salinan IC.Bawa bil terakhir untuk semakan no akaun.
    – Matikan setem duti di Pejabat Tanah. (Tingkat 2, Kaunter Duti Setem)(GPS: 3.335908,101.251603)
    – Bayar cagaran RM250 (berbeza ikut jenis kediaman) dan RM3 untuk kos tukar nama. Tunggu 1-2 hari bekerja untuk pemasangan elektrik semula

    Syabas
    Alamat: Jalan Kelang, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
    Lokasi (GPS):3.337108,101.251178
    Tel : 03-3289 3024

    – Isi borang, banyak jugak helaiannya. Boleh juga dapatkan di pejabat JMB apartment (jika duduk apartment)Sertakan salinan S&P dan salinan IC. Bawa bil terakhir untuk semakan no akaun.
    – Bayar cagaran RM100 & upah pemasangan meter RM30.
    – Tunggu 2-3 hari bekerja untuk pemasangan meter. Jika sambungan paip ke meter tidak lengkap, pihak Syabas akan memanggil kontraktor Syabas untuk memasang paip tambahan sebelum memasang meter. Menurut JMB AA2, kos sebanyak RM150 akan dikenakan.

    Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
    Alamat: Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
    Lokasi (GPS):3.318932,101.254971
    Tel : 03-3289 1439

    – Isi borang. Sertakan salinan S&P dan salinan IC. Bawa bil terakhir untuk semakan no akaun.
    – Siap.

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    2 Responses to Tukar Nama Premis Kediaman-Puncak Alam

    1. 26/05/2013 at 9:37 pm

      saya pun teringin nak beli rumah ni..boleh belajar sikit2 step2 yang perlu sebelum beli rumah ni…

    2. mai
      17/01/2014 at 10:23 pm

      Info yang diberikan sangat berguna utk saya yg juga baru beli rumah di area puncak alam. terima kasih

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge