• Pentingnya Takaful Perubatan

    by  • 23/06/2013 • Pengurusan Kewangan, Protection & Investment • 0 Comments

    Masa bekerja, kita bertuah bila syarikat kita sediakan perlindungan insuran perubatan di hospital swasta, tapi selepas pencen, semua kemudahan itu ditarik balik.

    Ketika berumur 55tahun, untuk mendapatkan polisi insuran/takaful, kadar sumbangan bulan sudah menjadi agak mahal, namun jika anda mampu tidaklah ia menjadi satu masalah tetapi adakah anda sihat, bebas dari segala penyakit? Bolehkah anda menjamin kesihatan anda kekal seperti anda berumur 25 tahun dahulu?

    Tekanan tempat kerja, di jalanraya, persekitaran rumah yang tidak selesa menjadi faktor kesihatan anda. Ketiadaan masa untuk bersenam, menyebabkan badan tidak lagi secergas ketika muda remaja.

    Bagi memudahkan pemahaman, kita berikan satu contoh situasi.

    Amir, Eksekutif Muda, 25 tahun membuat sumbangan takaful bulanan RM200.

    Situasi 1.

    Ditakdirkan Amir disahkan mendapat kanser tahap 3 pada tahun ke-20 sijil takaful, di mana beliau berumur 45tahun,  sudah berkahwin dan mendapat 2 orang cahaya mata.

    Selepas disahkan mendapat salah satu 36 penyakit kritikal, PruBSN Takaful memberikan pampasan sebanyak RM100,000 (bergantung kepada sijil takaful), rawatan PERCUMA untuk bantuan perubatan RM625,000 seumur hidup sehingga umur 70tahun, elaun wad sehingga RM400 sehari dan Amir juga memiliki akaun simpanan (Akaun Pelaburan) sebanyak RM20,000-RM25,000 untuk dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.

    Jadi jika diikutkan berapa yang telah disumbangkan Amir selama ini?

    RM200 x 12bulan = RM2,400 setahun X 20 tahun = RM48,000

    Manfaat yang Amir dapat?

    RM 100,000 (pampasan penyakit kritikal) + RM 625,000(kos rawatan hospital) =RM 725,000

    +Pelepasan Cukai untuk Insuran/Takaful  Nyawa & KWSP RM6,000 dan Perubatan sehingga RM3,000 setahun.

    Di sini, Amir mendapat manfaat hasil dari takaful yang disertainya, dengan niat andai berlaku musibah, Amir tidak membebankan orang lain dari segi kewangan, namun sokongan moral tetap di perlukan.

    Situasi 2

    Amir dikurniakan anugerah kesihatan berpanjangan dan meninggal dunia pada umur 85tahun. Pada umur 80 tahun, PruBSN Takaful menghantar cek tamat sijil takaful berjumlah RM60,000 (bergantung kepada unit amanah yang disalurkan) dan Amir menggunakan wang tersebut untuk menunaikan haji yang ke-2.

    RM200 x 12bulan = RM2,400 setahun X 55 tahun = RM132,000

    Manfaat yang Amir dapat?

    RM60,000 (Jumlah Akaun Pelaburan)

    +Pelepasan Cukai untuk Insuran/Takaful  Nyawa & KWSP RM6,000 dan Perubatan sehingga RM3,000 setahun.

    +Hati Tenang memandangkan diri sendiri dilindungi RM625,000 untuk rawatan perubatan

     

    Jadi anda bagaimana?

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge