• 30 Sebab Anda Perlu VBlogging

    by  • 11/07/2013 • Blogging • 0 Comments

    VBlogging- Video Blogging, salah satu trend anak muda blogger untuk menyampaikan info atau cerita dalam blog masing-masing. Salah satu blogger yang terkenal ialah Maria Elena dan juga vlogger terkenal di Youtube, Matlutfi, boleh lihat blognya di sini, matluthfi90.

    Sebenarnya ada 30 sebab untuk membuat video dan letak dalam blog.

    1. Boleh pasarkan produk anda.
    2. Video boleh bekerja dengan pelbagai topik dan niche.
    3. Memberikan anda kredibiliti yang tersendiri.
    4. Membina kepakaran tersendiri.
    5. Boleh menaikkan status anda ke tahap selebriti.
    6. Pembaca blog dapat melihat dan mendengar anda sebagai blogger kegemaran mereka.
    7. Manusia berhubung dengan baik melalui lenggok bahasa(body language) sebanyak 55% berbanding ayat sebanyak 7% sahaja.
    8. Video memaparkan emosi, vblogger boleh menarik perhatian pembaca blog melalui emosi. Jika membaca kurang dapat beremosi.
    9. Manusia hanya mendapat 10% daripada pembacaan, 20% daripada pendengaran dan 50% daripada pembacaan & pendengaran.
    10. 53% lebih peluang untuk mendapat organik carian di halaman pertama Google.com
    11. 52% penonton akan mengambil tindakan hasil dari video anda.
    12. Meningkatkan rating SEO blog anda.
    13. Memberikan pembaca blog anda pilihan untuk mendapat isi daripada blog anda.
    14. Pada Januari 2013, pengguna applikadi Read It Later menyimpan 250,000 video.
    15. Youtube adalah laman web no.2 di dunia sebagai enjin carian dengan berbillion pengguna.
    16. Setiap minit, terdapat 500 tweet yang mengandungi alamat Youtube.
    17. Ia memaksa menjadikan anda lebih terurus dan kelihatan sentiasa segak di dalam video
    18. Memaksa anda untuk membeli baju baru sepanjang masa, tidak mungkin anda ingin dilihat memakai pakaian yang sama setiap video anda.
    19. Menjadikan sebahagian bilik anda kemas, sebagai latar belakang video anda.
    20. Anda mungkin ditawarkan sebagai hos rancangan TV terkemuka.
    21. Lauren Goody daripada Google YouTube ZOO berkata, “Video dalam talian boleh memacu naik jualan sebanyak 6% dan penjenamaan sebanyak 50%.”
    22. Anda boleh membuat wang melalui pengiklan, video yang ditaja dan mencipta video untuk orang lain.
    23. Sekurang-kurangnya 30% daripada semua trafik internet adalah video.
    24. Menjelang tahun 2014, 66% daripada trafik data mudah alih di dunia adalah video.
    25. Video meningkatkan peratusan berapa pada laman pertama keputusan carian Google dengan 96% melalui pengoptimuman halaman yang betul. (Sumber: Forrester)
    26. Produk yang mempunyai video adalah 95% lebih cenderung untuk dibeli. (Sumber: Peruncit Internet)
    27. Video menambahkan masa sekurang-kurangnya dua minit pengunjung di laman sesawang anda. (Sumber: comScore)
    28. Ia menambah keyakinan anda untuk lebih bersosial selain di video blog anda.
    29. Kritikan dari pembaca akan membuat anda lebih berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
    30. Ia sangat menyeronokkan.

    Sumber

    http://simplevloggingtips.com/

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge