• 5 Tips Kad Kredit untuk Lepasan Graduan

    by  • 15/07/2013 • Pengurusan Kewangan • 0 Comments

    Credit picture to http://fuh.my/

    Jika anda baru sahaja menjadi lepasan graduan universiti, anda mungkin bimbang tentang semua perkara yang melibatkan kewangan – mencari pekerjaan impian, menyewa rumah berhampiran tempat kerja dan juga berjimat untuk menyelesaikan pinjaman pelajaran dan juga plan persaraan.

    Namun begitu, anda juga perlu memilih bagaimana untuk menggunakan kad kredit untuk menaiktaraf gaya hidup anda. Jangan salah erti kegunaan kad kredit dan sebelum menggunakan kad kredit, pastikan anda tahu implikasinya dan tahu bagaimana untuk membayarnya kembali.

    Penggunaan kad kredit adalah sebahagian daripada keperluan kewangan masa kini. Tiada lagi kesukaran untuk pergi ke kaunter membayar bil utiliti dan sebagainya di pejabat pos, semuanya di hujung talian melalui kad kredit anda. Lebih menarik jika ada pilihan Auto-Pay.

    Sebelum anda berniat untuk mendapatkan/sudahpun mempunyai kad kredit, lihat dahulu tips yang diberikan di bawah:-

    1. Bayar segala hutang lapuk anda terlebih dahulu

    Semasa belajar di universiti ,rata-rata jarang pelajar yang berhutang. Namun pihak bank masa kini sudah “percaya” dengan para pelajar yang mendapat pinjaman MARA, PTPTN, JPA lantas menawarkan skim graduan untuk pembelian kenderaan. Paling tidak, hutang motor untuk ke kuliah. Saya percaya niat murni pihak bank ada kebaikannya namun alangkah baiknya jika jangan ditawarkan skim yang rata-rata menyebabkan pelajar universiti ikat perut, makan Maggi apabila penghujung semester. Para pelajar, gunakan kenderaan yang disediakan pihak universiti secara menyeluruh.

    2. Buat belanjawan dan Sila Patuh dengan belanjawan anda.

    Cara terbaik untuk memastikan kita tidak berbelanja melebihi kemampuan ialah mempunyai pelan belanjawan yang tepat. Jika kewangan anda sekadar mencukup untuk makan 3kali sehari, kenapa perlu makan 5 kali sehari? Jika mampu untuk memiliki motor, kenapa perlu memiliki kereta? Jika perbelanjaan untuk makan sahaja ialah RM300 sebulan, pastikan kita berbelanja di dalam jumlah yang sudah ditetapkan sahaja.

    Jika belanjawan sendiri tidak patuh, bagaimana jika memiliki akaun pinjam-bayar balik(kad kredit) yang berjumlah RM10,000 kelak? Pinjam sangat mudah, nak bayar baik, liat sangat :)

    3. Tinggalkan kad kredit di rumah

    Jika anda dalam proses mencari pekerjaan tetap, kad kredit amatlah berbahaya jika digunakan lebih-lebih lagi belanjawan anda sangat ketat. Penggunaan kad kredit tanpa kawalan walaupun membeli baju, seluar jeans, minum di Starbuck sekali-sekala, mampu mengheret anda ke kancah penyalahgunaan kad kredit.

    Jadi, jika anda mempunyai masalah untuk mengawal nafsu membeli-belah, tinggalkan sahaja ia di rumah dan jika rakan anda mengajak anda keluar minum di tempat yang anda tidak mampu, anda akan terus berkata tidak kerana anda tidak mampu membayarnya.

    4. Menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan tetap

    Teruskan berbelanja menggunakan kad kredit, namun hanya untuk perbelanjaan yang tetap iaitu pembelian barangan runcit, pembayaran telefon/internet, insuran/takaful, sewa rumah dan sebagainya  di mana anda mampu untuk membayar balik segala penggunaan kad kredit tersebut apabila cukup masanya. Ini juga boleh dijadikan rekod penggunaan kredit yang bagus untuk pembiayaan lain dari bank.

     

    5. Pilih ganjaran kad yang sesuai dengan anda

    Setiap kad yang ditawarkan pihak bank mempunyai keistimewaan tersendiri, ada yang memberikan point setiap pembelian barangan & petrol, ganjaran mata penerbangan, ganjaran tunai dan pelbagai lagi. Terserahlah kepada anda untuk memilih yang bersesuaian dengan gaya hidup anda. Mungkin ada ganjaran yang tidak masuk akal, ada juga yang sangat berguna seperti menebus point yang diperoleh untuk membayar cukai tahunan kad kredit RM50.00 setahun. Sekurang-kurangnya dapatlah kita guna kad kredit tanpa bayaran tahunan lagi. Saya dah tukar banyak baucer seperti MPH, KFC & McD melalui kad kredit daripada Maybank. Anda bagaimana?

     

    SUMBER

    http://www.businessinsider.com/

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge