• Balu terima insurans RM231,000

    by  • 05/07/2013 • Pengurusan Kewangan, Protection & Investment • 0 Comments

    Oleh: Wartawan Sinar Harian
    Tarikh: March 21, 2013

    SERI ISKANDAR – “Saya memang tidak menyangka akan menerima pampasan sebanyak ini walaupun mengetahui suami hanya sempat mencarum sebanyak RM250 untuk kali pertama sebelum meninggal dunia akibat kemalangan enam bulan lalu.

    Demikian kata Nurul Huda Nordin, 32, balu kepada Azizi Zainuddin Omar yang menerima pampasan insurans Prudential BSN takaful, baru-baru ini.

    Nurul Huda melahirkan rasa syukur kerana wang sebanyak RM231,950.10 itu membantu kehidupannya bersama anak-anak.

    Menurutnya, dia akan menunaikan hasrat arwah suaminya untuk membeli sebuah rumah dan membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak mereka.

    “Sebelum ini arwah pernah bercadang untuk membeli rumah di sekitar kawasan ini malah ada membawa saya ke sebuah tapak perumahan untuk menempah rumah berkenaan.

    “Namun, hasrat arwah suami tidak tercapai kerana dia terlibat dalam kemalangan maut apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang di Kilometer 38 Jalan Ipoh – Lumut,” katanya.

    Katanya, dia akan menunaikan hasrat arwah suaminya itu demi keselesaan empat anaknya yang berusia antara 16 bulan hingga lapan tahun.

    “Saya juga akan menyimpan sebahagian besar baki wang ini untuk perbelanjaan sekolah anak-anak,” katanya.

    Pampasan insurans Prudential BSN takaful disampaikan wakil Prudential BSN takaful, Nurul Hamizan Ahmad.

    Nurul Huda berkata, dia akan turut membelikan polisi insurans untuk anak-anak demi masa depan mereka.

    Tolong kami untuk bantu anda. Kami hendak tolong, kami bukan Along.

    Hubungi saya Muhamad Fadhlan (013-3111452) atau email mfadhlan@gmail.com untuk sebut harga terkini.

    SUMBER

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge