• Kenapa perlu ambil insuran peribadi?

    by  • 03/07/2013 • Pengurusan Kewangan, Protection & Investment • 0 Comments

    Alhamdulillah, anda bekerja di syarikat yang menawarkan perlindungan perubatan yang menyeluruh, setakat yang diketahui umum, pekerja LLN, BNM antara yang memberikan perlindungan perubatan kepada pekerja, pasangan pekerja, anak serta ibubapa pekerja tanpa had sehingga selepas pencen.

    Jadi adakah anda sebahagian dari mereka?

    Adakah anda sudah membayangkan bagaimana kiranya anda untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta yang kerap kali anda kunjungi selepas anda bersara?

    Adakah anda akan menggunakan wang pencen atau KWSP anda untuk membayar kos perubatan?

    Tidakkah anda akan rasa ralat, selepas sepanjang tempoh bekerja, anda mendapat layanan kelas pertama di hospital swasta, namun selepas bersara, anda terpaksa memilih untuk mendapatkan rawatan kelas kedua di hospital kerajaan?

    – Saya tidak mengatakan hospital kerajaan sangat kurang perkhidmatannya, namun secara logiknya, adakah sesuatu yang murah itu tinggi permintaannya?

    Adakah anda sedar, masih ramai yang sangat kurang kemampuan dari anda, tidak mempunyai pilihan lain selain ke hospital kerajaan kerana kurang berkemampuan untuk ke hospital swasta?

    Pernahkah anda dengan mengenai sistem hospital kerajaan yang proses menunggunya amat lama, sehinggakan berbulan-bulan untuk mendapatkan rawatan pakar? Namun tidak jika melalui hospital swasta?

    Kenapa ianya berlaku? Adakah doktor masa kini tamak? Hospital swasta mengenakan cas terlampau tinggi?

    Mari kita berlapang dada seketika.

    Jumlah penduduk dunia masa kini semakin meningkat. Namun risiko untuk mendapat penyakit juga meningkat. Kewujudkan pelbagai penyakit kronik, kanser, jantung, dan sebagainya adalah disebabkan faktor keturunan, amalan pemakanan yang tidak sihat dan pelbagai lagi faktor.

    Jadi semakin ramai pesakit memerlukan rawatan. Jumlah hospital kerajaan turut bertambah mengikut populasi rakyat, namun tidak mampu menampung kebanjiran pesakit. Lantas, wujudlah hospital swasta yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan hari. Jika wujud permintaan, akan wujud satu peluang. Hospital swasta juga mempunyai standard, kos operasi yang lebih tinggi berbanding hospital kerajaan. Jadi kos ini yang meningkatkan kos perubatan di hospital swasta.

    Kekurangan doktor juga amat ketara di Malaysia ini. Lihat sahaja di hospital kerajaan, masih ramai doktor dari India. Walaupun doktor dari Malaysia bertambah, namun masih tidak mampu menampung populasi rakyat.

    Nisbah terkini ialah 1 doktor:791 pesakit. Ini juga menyebabkan doktor pakar mengambil kerja lebih masa untuk berkhidmat di hospital swasta yang menawarkan habuan lebih tinggi. Namun jangan pula salahkan mereka, they deserve to get more, because they want to save your life.

    Jadi pilihan yang ada untuk anda? Dapatkan perlindungan perubatan sekarang. Jangan tunggu sehingga pencen, sebab 80-90% yang bersara sudahpun ada penyakit yang menyebabkan permohonan insuran/takaful anda ditolak.

    Menabung di takaful sekarang. Semoga duit tabungan kita mampu memberikan keceriaan kepada orang lain.

    Tolong kami untuk bantu anda. Kami hendak tolong, kami bukan Along.

    Hubungi saya Muhamad Fadhlan (013-3111452) atau email mfadhlan@gmail.com untuk sebut harga terkini.

    ———————————————————-

    Bacaan yang menarik untuk dikongsi bersama:-

    BlogAnwarIbrahim

     

     

     

    – Saya

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge