• Peraturan baru dari pihak Bank Negara Malaysia.

    by  • 09/07/2013 • Pengurusan Kewangan • 0 Comments

    Pada 5 Julai 2013, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperbaharui peraturan terbaru mengenai kadar pinjaman melalui pihak bank.

    1. Pembiayaan /Pinjaman Peribadi dari maksimum 25 tahun, kini maksimum 10 tahun sahaja

    2. Pembiayaan/ Pinjaman Perumahan dari maksimum 45 tahun, kini maksimum 35 tahun sahaja.

    3. Pinjaman separa lulus kini tidak lagi boleh di tawarkan oleh pihak bank.

    Faktor yang mempengaruhi peraturan baru ini ialah

    1. Kadar pinjaman seisi rumah meningkat pada kadar yang sangat membimbangkan iaitu RM754.6 billion pada tahun 2012, meningkat 12% sejak tahun 2008 (RM465.2billion)

    2. Kadar individu yang diistiharkan bankrup pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana  50% adalah dari golongan berumur 25tahun Р44 tahun.

    3. Jumlah individu yang bankrup dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah berjumlah 245,000 individu.

    4. Anda boleh diistiharkan bankrup jika anda tidak mampu untuk membayar pinjaman dari RM30,001 sahaja.

    Namun implikasi ini ada kebaikan & keburukannya.

    1. Golongan muda terutamanya sekali tidak lagi mampu membeli rumah mampu milik, dengan kadar pinjaman bank 35tahun, dengan harga rumah sekitar RM300,000, bulanan akan mencecah RM1,369. Jika kadar pinjaman dipanjangkan selama 10tahun lagi, bulanan hanya RM1,269 sahaja. Namun, jika dikira pada pandangan yang positif, anda boleh berjimat sehingga RM110,000 (tidak termasuk kos MRTT) malah lebih lagi hanya dengan lebihan bayaran RM100 sebulan.

    2. Pinjaman peribadi juga mampu mengurangkan kuasa kredit kepada rakyat Malaysia, khususnya masakini, ramai anak muda memilih untuk menggunakan pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan yang kosnya mampu mencecah puluhan ribu. Sebagai contoh, pinjaman sebanyak RM25,000 selama 10tahun, kadar faedah 4%, bulanan ialah RM291.00, jika dibenarkan untuk dilanjutkan lagi tempoh pinjaman sehingga 15tahun, bayaran bulanan RM222.00, kurang RM69.00 sahaja. Namun penjimatannya hampir RM5,000.

    Namun secara keseluruhannya, ia akan mendorong penurunan kuasa membeli semua individu di Malaysia.

    Tidak lagi mampu bermewah-mewah.

    Biasalah orang Malaysia, biar papa asal bergaya…

     

    Sumber

    245,000 Malaysians became bankrupts in last six years

    Infografic about bankruptcy-imoney.com.my

    Malaysia Department of Insolvency

    Pengiraan Kadar Pinjaman

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge