• Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara

    by  • 12/07/2013 • Pengurusan Kewangan • 0 Comments

    Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,

    Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara.
    1. Muda sebelum tua.
    2. Sihat sebelum datang sakit.
    3. Kaya sebelum miskin.
    4. Lapang sebelum sibuk.
    5. Hidup sebelum mati.

    (Riwayat Tirmizi daripada `Amr bin Maimun al-Audi r.a)

    Dalam konsep pengurusan risiko ataupun takaful, 5 perkara tersebut sangat berkait dengan peranan takaful masakini.

    1. Muda sebelum tua
    – Takaful amat digalakkan diambil ketika kita masih muda kerana jika sudah tua, sumbangan takaful bulanan sangatlah tinggi.

    2. Sihat sebelum datang sakit.
    – Takaful hanya boleh diambil ketika kita sihat sahaja. Andai telah sakit, penyakit yang dihidapi tidak akan dilindungi dari plan perubatan, malah jika ianya penyakit kritikal & kronik, pihak takaful akan tidak menawarkan pelan takaful serta merta.

    3. Kaya sebelum miskin.
    – Takaful boleh diambil oleh orang kaya sahaja. Orang miskin boleh ambil, tapi bagaimana untuk memberikan sumbangan takaful. Malahan, konsep takaful itu sendiri ialah saling bantu-membantu, maka sedikit sebanyak sumbangan amatlah diperlukan dan diwajibkan penyertaannya. Begitu juga kepada orang kaya, takaful lah yang akan membantu anda ketika anda menghidapi penyakit kritikal, anda dibuang kerja, hilang sumber pendapatan. Maka takaful akan membantu anda dengan percuma(jika peserta takaful menyertai rider contributor/disability provider)

    4. Lapang sebelum sibuk.
    – Ramai orang di luar sana sangat sibuk mengejar wang, bekerja keras demi mendapatkan pulangan setimpal. Namun amat mengecewakan, jika ada perunding takaful yang menawarkan pelan takaful yang hanya memerlukan sekurang-kurangnya 10minit untuk penerangan, tapi anda cuma menunjukkan tapak tangan anda. Luangkan masa anda untuk mendapatkan sekurang-kurangnya pelan takaful untuk anak anda. Bayangkan jika dengan hanya 10minit penerangan dari perunding takaful, mampu memberikan keselesaan anak anda kelak andai berlaku musibah ke atas diri anda.

    5. Hidup sebelum mati.
    – Takaful menyediakan pelan untuk yang hidup sahaja.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge