• 3 dari 10 rakyat Malaysia menghidap kanser payudara

    by  • 05/08/2013 • Protection & Investment • 0 Comments

    293781_412724355462090_550116915_nJika dilihat peratusnya agak membimbangkan iaitu 30% rakyat Malaysia diancam kanser payu dara. Di ambil nisbahnya iaitu setiap 10 orang rakyat Malaysia, 3 daripadanya menghidap kanser tersebut. Seandainya kita ambil anggaran 28 juta rakyat Malaysia, 47% daripadanya ialah wanita iaitu 13,160,000 adalah wanita dan 30% dari itu ialah 3,948,000 orang diancam bahaya kanser.

    Adakah kita, isteri kita, anak kita, adik beradik kita, ibu kita atau sesiapa yang kita kenali tergolong dari kumpulan tersebut? Nauzubillah, semoga Allah jauhkan perkara tersebut dari kita. Namun setiap penyakit itu datang dari Allah dan Allah jualah yang menyembuhkannya. Namun, sewajarnya kita berusaha merawat seandainya ia terjadi kepada kita dan dalam mendapatkan rawatan, perlulah mencari perkhidmatan yang selesa dan pantas, seandainya lewat, kelak sukar disembuhkan dalam masa yang singkat.

    Di sinilah wujud keperluan mendapatkan pelan perubatan dari takaful yang mana membantu dalam mendapatkan rawatan serta perubatan dari hospital swasta di mana anda mungkin tidak lagi perlu mengeluarkan KWSP anda, wang simpanan anda yang wajar anda gunakan ketika hari persaraan anda kelak.

    Pilihan semuanya terletak di tangan kita. Jangan hanya disebabkan kita tidak mampu menyumbang RM150 sebulan untuk masa depan, kita mengorbankan kegembiraan ketika hari persaraan kelak. Andai kita mampu untuk berbelanja lebih untuk perkhidmatan Astro, Celcom, UniFi, beg tangan ribuan ringgit, kasut berjenama, makan di restoran mewah, namun tiada gunanya jika ketika sakit, kita tiada langsung perlindungan takaful.

    Dapatkan rundingan takaful dari saya. InsyaAllah, saya akan berusaha untuk memberikan kefahaman untuk anda dan keluarga anda.

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge