• PTPTN: Cara mudah nak selesaikan pinjaman

    by  • 22/08/2013 • Pengurusan Kewangan • 1 Comment

    Assalamualaikum.

    Heboh apabila Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh umumkan PTPTN(di bawah seliaan Kementerian Pendidikan) akan dimasukkan di dalam rekod CCRIS, di mana segala institusi kewangan akan merujuk kepada CCRIS terlebih dahulu sebelum memberikan pinjaman/pembiayaan kepada peminjam. Updated: Kabinet sebulat suara menangguhkan perlaksanaan CCRIS ke atasĀ  PTPTN

    CCRIS ini merupakan syarikat yang menyimpan segala butiran pinjaman/pembiayaan, jumlahnya serta frekuensi pembayarannya. Jika bayar tepat setiap bulan, tiada langsung masalah walaupun DSR anda setinggi 250% . Tapi jika selalu lewat bayar, anda mungkin dilabel sebagai peminjam yang liat bayar hutang atau bahasa mudah, ANDA TIDAK LAYAK MEMINJAM LAGI.“

    Bagi mengeluarkan nama dari senarai “Blacklist” tersebut, perlulah anda membuat pembayaran tepat pada masanya ataupun membuat pembiayaan semula bagi memastikan anda boleh membuat pembayaran tepat pada masanya. Proses membersihkan nama anda seawal 6 bulan dan selewatnya setahun selepas penyelesaian pinjaman anda.

    Cara termudah untuk langsaikan PTPTN.
    1. Buat pembayaran secara potongan gaji. Bayar ikut jadual pembayaran yang ditetapkan.
    2. Bayar lebih jika ada lebihan pada bulan tersebut. Mungkin ada lebihan RM50 sekalipun, bayar terus ke PTPTN. Jika tiada, tak mengapa, tapi pastikan perlu usaha untuk buat bayaran tambahan.
    3. Cari kerja sambilan yang boleh dibuat seperti berblog, menulis artikel, FIVERR dan sebagainya. Jika mampu bekerja di petrol pam, angkat barang, berniaga burger, silakan.
    4. Potong segala macam hiburan yang dilanggan seperti ASTRO. Saya terkejut ada orang biasa-biasa melanggan Astro dengan membayar pakej RM150+ sebulan. Alangkah baiknya jika RM150 itu dibayar ke PTPTN. Bayar Astro dapat siaran ulangan buat apa? Kerja 8 pagi hingga 5 petang, lihat Astro pukul 8mlm -11mlm, bayar untuk 3 jam sehari, Sabtu Ahad surely aktiviti keluarga.
    5. Berpuasa Isnin & Khamis, Boleh berjimat sekurang-kurangnya RM10 sehari untuk sarapan dan makan tengah hari, dan ianya tambahan RM80 sebulan (4minggux 2 hari)untuk selesaikan PTPTN. Selain berjimat, ianya sunnah Nabi, dah dapat pahala sunat.
    6. Untuk Selasa, Rabu dan Jumaat, bawa bekal dari rumah.(berjimat sungguh ni) Pagi-pagi sebelum bekerja, masak la kejap yang mudah seperti telur mata, ikan bilis, ayam goreng, sayur tumis. Pelbagaikan masakan. Penjimatan makan tengahhari RM6 sehari, 3 hari bekerja seminggu, (4minggu x 3 hari x RM6) iaitu RM72 sebulan.

    Secara asasnya, tips selesai PTPTN ataupun mana2 pinjaman, bayar ikut jadual, ada lebihan, tambah bayaran, kurangkan pembelanjaan, tambah lagi bayaran, tambahkan pendapatan, tambah lagi bayaran.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    One Response to PTPTN: Cara mudah nak selesaikan pinjaman

    1. 28/07/2015 at 4:52 pm

      Yang penting kena tetapkan target untuk bayar ptptn ni dan kena disiplin :-)
      Azzahairi recently posted..Panduan Menyelesaikan Hutang PTPTN Cara CepatMy Profile

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge