Salam Eidul Fitri 1434H

Salam Pembaca mfadhlan.com

Di kesempatan ini, saya serta keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H serta menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf seandainya ada terkasar bahasa, tersalah bicara. Halalkan makan dan minum, jika terambil lebih dari seadanya, mohon kehalalan.

Sesungguhnya kita wajar bersedih dengan bulan Ramadhan yang tinggalkan kita. Sesungguhnya bulan Ramadhanlah yang wajar kita sambut dengan lebih berbanding bulan Syawal. Semoga kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini, bulan yang permulaannya dikurniakan kerahmatan, ditengahnya pengampunan dan berakhir dengan pembebasan dari api neraka.

Semoga kita sentiasa menghidupkan ibadah malam kita sama seperti bulan Ramadhan. Janganlah jadikan bulan Ramadhan sahaja bulan untuk beribadat, 11 bulan lain ditinggalkan terus Al-Quran & solat malam tahajud.

Khas kepada pelanggan PruBSN Takaful yang amat saya hormati & saya kasihi,

Terima kasih di atas sokongan anda selama ini.

Di kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf andai terdapat kekurangan, terkasar bahasa, tersilap bicara sepanjang perkenalan kita dan perkhidmatan yang saya tawarkan.

Semoga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang berkekalan untuk beribadah kepada-Nya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas

Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada:-

Muhamad Fadhlan Bin Md Ramli | Noraini Binti Zulkifle | Muhammad Hadif Bin Muhamad Fadhlan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge