• Ada insuran, tapi…

    by  • 20/10/2013 • Protection & Investment • 0 Comments

    1. Tiada perlindungan kad perubatan
    – Penting apabila kita sudah lagi tidak berkhidmat dengan syarikat yg menyediakan manfaat kesihatan. Insuran hayat/nyawa hanya membantu jika anda meninggal dunia, namun jika lumpuh/mengalami penyakit yang memerlukan rawatan susulan, adakah cukup pampasan insuran yang diterima? Maka terpaksalah kita mengambil wang perbelanjaan anak kita ke universiti/wang persaraan kita melalui KWSP.

    2. Dah lama tak bayar
    – Semak semula dengan agen anda, jika polisi/sijil masih enforce(berjalan), maka selesaikan outstanding, jika tidak mungkin boleh buat polisi yang baru. Pembatalan sijil takaful/polisi insuran serta permohonan baru berkemungkinan kadar caruman bulanan insuran/takaful berbeza/lebih mahal berbanding kadar caruman lama. Sila rujuk kepada agen/perunding takaful anda.

    3. Tidak menepati gaya hidup terkini
    – Ambil ketika bujang, sekarang sudah ada 5 orang anak, perlindungan mungkin perlu ditambah. Jika ketika bujang, “Sum assured” atau Jumlah yang diinsurankan ialah RM30,000 sudah cukup untuk membayar komitmen ketika itu, jika dah ada 5 orang anak, jumlah itu kurang membantu mereka jika anda sudah tiada. Upgrade mengikut kadar komitmen semasa anda.

    4. Pelan Perubatan sudah outdated/ketinggalan zaman
    – Maaf jika ada yang terasa, namun silalah rujuk kembali kepada agen anda yang sunyi itu untuk mendapatkan pelan perubatan yang terkini. Mungkin ketika dulu, lifetime limit RM100,000 sudah cukup, namun kini, ianya merupakan kos untuk bypass jantung sahaja.

    5. Insuran kereta/rumah, bukan insuran diri kita.
    – Maaf sekali lagi jika ada yang merasakan insuran/takaful yang dibeli ketika pembelian kereta/rumah sudah mencukupi. Sebagai contoh, andai berlaku kematian, rumah yang telah diinsurankan akan dibayar mengikut kadar semasa perlindungan, jadual perlindungan insuran/takaful iaitu MRTA/MRTT adalah menurun berkadar dengan jumlah baki pinjaman/pembiayaan. Namun ada kes di mana waris perlu menambah sedikit wang bagi menyelesaikan tuntutan daripada bank.

    6. Tidak islamik.

    – Insuran islamik cuma takaful. Ambil plan dari syarikat yang namanya ada takaful. Mencari yang halal itu satu fardhu iaitu wajib. Cukuplah dengan alasan anda kalau tukar ke takaful, rugi banyak sebab dah bertahun dalam insuran. Nasihat saya cuma satu, nak rugi di dunia atau nak rugi di akhirat. Jika 10-20 tahun dahulu, mungkin releven anda beli insuran, tapi kini sudah banyak syarikat takaful yang tumbuh. Dan lebih menarik, ramai orang bukan muslim sendiri tertarik dengan mengambil takaful, bukannya insuran. Tepuk dada, tanya iman.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge