• Cukupkah perlindungan insuran/takaful anda?

    by  • 06/10/2013 • Protection & Investment • 0 Comments

    Cukupkah perlindungan anda masa kini?

    Seharian di Hotel Sherton Imperial KL, menghadiri Super Performers Conference 2013 dari PruBSN Takaful, di mana diundang 3 penceramah untuk pengisian motivasi
    1. Ibu Enggar – Tips berjaya dlm bidang insuran
    2. Dr. Azahar – membincangkan kelebihan solat dhuha
    3. Mei – saranan meningkatkan kadar perlindungan selari dgn inflasi semasa.

    Di dalam posting kali ini, saya hanya ingin menekankan mengenai kepentingan untuk kita sentiasa update dengan agen/perunding takaful anda.
    Adakah anda ingat lagi jumlah perlindungan yang anda ambil 5tahun lalu? Adakah ianya cukup untuk masa sekarang.
    Kadar inflasi kos rawatan perubatan di hospital ialah 15% setahun. Perkara ini kurang dihebohkan tidak seperti naiknya minyak petrol, barang mentah seperti gula, beras dan sebagainya kerana insuran/takaful tidak semua yang ada mengambilnya. Rakyat Malaysia umumnya, bangsa Melayu secara khususnya tidak memandang keperluan perlindungan insuran/takaful kerana tidak diberikan kesedarannya secara formal.

    Penceramah ke-3, seorang ahli psikologi kesihatan juga tidak terlepas dari diberi ujian/dugaan penyakit. Beliau mendapat penyakit kanser payudara tahap ke-3 ketika masih menyusukan bayi pertamanya berusia 1tahun. Mujur beliau sudahpun mempunyai perlindungan insuran. Namun, jumlah pembedahan/kimoterapi/rawatan kanser terkini ketika itu berjumlah RM200k, di mana polisinya hanya memberikan perlindungan sehingga RM150k, jadi beliau terpaksa menambah RM50k demi kesejahteraan anaknya.

    Beliau amat menyesal kerana sebelum didiagnos mendapat penyakit kanser, terdapat ramai agen datang untuk menawarkan upgrade plan, namun diatas ketidak tahuan beliau, beliau menolak semua tawaran tersebut walaupun penambahan cuma RM3o sebulan sahaja.

    Disebabkan itu, beliau amat menyesal dan juga tidak puas hati kerana agen yang menawarkan naik taraf pelan tidak bersungguh-sungguh menerangkan kepentingan meningkat taraf plan sedia ada.

    Jika anda sudahpun mempunyai pelan kad perubatan, pastikan ianya selari dengan kadar inflasi kita.

    Jom jumpa rakan perunding takaful anda untuk maklumat lanjut. Percuma rundingan takaful.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge