• Kelebihan Solat Dhuha

    by  • 07/10/2013 • Islam, Pengurusan Kewangan, Protection & Investment • 0 Comments

    Merujuk kepada post saya pada sebelum ini, penceramah ke-2, Dr.Azahar menjelaskan kepentingan solat dhuha.

    Solat Dhuha ialah untuk menjemput rezeki.

    Jom kita lihat persepsi orang kita mengenai rezeki,

    1. Wang

    2. Isteri yang cantik

    3. Rumah yang besar

    Sebenarnya, pengertian rezeki itu salah. Sebaiknya rezeki itu boleh dipaparkan melalui

    1. Tubuh badan yang sihat, andai banyak wang tetapi tidak sihat, tidak mampu untuk bercuti di luar negara dsb.  Andai anda miskin, tapi anda sihat, itu adalah satu nikmat yang patut kita paling syukuri.

    2. Selera makan, andai duit kita banyak sekalipun, hidangan memenuhi meja, namun jika rezeki menikmati makanan tiada, tidak mungkin kita akan dapat makan walaupun sedikit sekalipun.

    3. Keluarga yang bahagia & soleh solehah, andai dikurniakan jutaan ringgit, tapi anak isteri tidak menghormati anda, tidak peduli pada anda, adakah wang yang anda cari untuk membeli kebahagiaan?

    4. Jiran tetangga yang baik, rumah besar sekalipun, jika mendapat jiran yang bermasalah, hidup anda tidak akan tenang saban masa.

    Banyak juga yang dikongsikan, namun tak dapat mencatat kesemuanya point yang diberikan.

    Perhatikan doa selepas solat dhuha,

    Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

    Lihat kepada yang diboldkan, ianya doa menjemput rezeki dari Allah, Allah jualah yang memberikan rezeki, yang menentukan rezeki kita.

    Berbeza dengan keadaan kita mencari rezeki, awal pagi bangun tidur, sudah bergegas untuk pergi ke pejabat, setiap orang keluar serentak bagi mengelakkan kesesakan jalan raya, bekerja di pejabat seawal 8.30 pagi sehinggalah waktu pulang 5.30 petang. Semuanya keluar mencari rezeki untuk menampung keperluan harian keluarga.

    Mencari dan menjemput, yang mana lebih mudah?

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge