• Pekerja sektor awam tidak perlu ambil insuran

    by  • 10/10/2013 • Pengurusan Kewangan • 0 Comments

    Betulkah petikan tersebut?

    Jika dulu mungkin ianya releven barangkali, mendapat layanan kelas pertama di hospital kerajaan. Tapi kini yang bekerja di sektor awam
    sangat ramai, jadi wad kelas pertama di hospital kerajaan sentiasa penuh,

    Jika anda telah sakit teruk/kemalangan, anda berpangkat Timbalan Pengarah, Penguasa, mahupun bertaraf JUSA, adakah anda ingin menginap di wad kelas dua jika kelas pertama telah penuh?

    Di sini wujud keperluan memiliki kad perubatan, di mana anda boleh memilih untuk mendapat rawatan di mana-mana hospital swasta.

    Maaf jika saya tersilap kata.

    Jika anda sangka kos rawatan di hospital kerajaan adalah percuma, mengapa ada sahaja pesakit memohon bantuan kewangan walaupun bekerja di sektor awam?

    Saya ada mendengar kos rawatan sebenarnya ditolak dari pencen, duit granuiti(sila tegur jika tersalah perkataan).

    Andai wang granuiti pekerja itu sebanyak RM300,000, jika kos rawatan berjumlah RM200,000, maka kos itu akan ditolak dari wang granuiti.

    Selepas pencen, barulah sedar bahawa setiap rawatan ditolak-tiada yang percuma.

    Jadi, semua orang MESTI ada perlindungan takaful. Ianya bersifat satu tabung. Jika perlu, baru dipecahkan. Jika ditimpa kemalangan, barulah ianya digunapakai.
    Alhamdulillah, dimohon kita semua sihat walafiat sepanjang masa. Selepas tempoh matang (70tahun/80 tahun), duit tabungan itu akan dikembalikan namun selepas ditolak kos operasi, dan ditambahkan juga keuntungan pelaburan sepanjang simpanan di takaful.

    Jika ada yang masih ber”lagak” dengan perlindungan percuma dari syarikat anda bekerja, ingatlah 2 perkara di bawah:-

    1. Selepas anda pencen, adakah syarikat akan terus memberikan perlindungan perubatan kepada anda?

    2. Jika anda ditimpa musibah (lumpuh/sakit kritikal) di mana anda tidak dapat lagi bekerja di syarikat anda, adakah syarikat akan terus memberikan perlindungan perubatan kepada anda?

    Jawapannya,

    1. Tidak. Selepas anda pencen, anda tidak lagi memberikan sumbangan kepada syarikat. Melainkan anda ialah pemilik syarikat.

    2. Tidak. Rata-rata syarikat akan berikan separuh gaji bulanan selepas 6 bulan anda tidak bekerja, dan selepas setahun, anda diberhentikan serta merta. Anda hanyalah liabiliti kepada syarikat. Bagaimana dengan kos rawatan susulan anda selepas diberhentikan kerja?

    Penyelesaiannya ialah, dapatkan perlindungan takaful peribadi, bukan dari syarikat anda.

    Ambil sekurang-kurangnya 5-10% gaji bulanan untuk sumbangan bulanan takaful anda. Jika anda bergaji RM3ribu, sumbangan takaful yang wajar anda buat ialah RM150-300, bergantung kepada usia, pekerjaan dan status kesihatan terkini anda.

    Bertindak sekarang, sebelum anda terlambat.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge