• Permohonan Pampasan Insuran Nelayan di TOLAK!

    by  • 09/10/2013 • Pengurusan Kewangan, Protection & Investment • 0 Comments

    Keratan Akhbar

    LKIM: Permohonan pampasan Mohd Zam ditolak – Sinar Harian 8 Oktober 2013

    KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu menyangkal dakwaan seorang nelayan di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun tidak mendapat pembelaan dan perhatian sewajarnya berhubung pampasan insurans sejak diserang strok tahun lalu.

    Pengarahnya, Mohd Safee Mohd berkata, semua nelayan di negeri ini mencarum insurans di bawah Skim Insurans Nelayan sejak diperkenalkan dua tahun lalu namun permohonan Mohd Zam Ismail ditolak kerana tidak memenuhi syarat tuntutan.

    Menurutnya, pampasan hanya diberikan kepada pencarum yang terlibat dalam kemalangan atau mengalami kecederaan sewaktu bekerja sahaja dan Mohd Zam tidak termasuk dalam kategori tersebut.

    “Kita telah hantar permohonan Mohd Zam kepada pihak berkenaan (syarikat insurans) tetapi permohonan ditolak kerana tidak layak.

    “Alasan yang diberikan adalah kerana dia mengalami masalah kesihatan (serangan strok) bukan disebabkan kemalangan. Masalah ini juga dianggap telah selesai kerana penjelasan telah diberikan kepada keluarga (isterinya),” katanya.

    Mohd Safee berkata, berdasarkan semakan dibuat, Mohd Zam juga tidak layak menerima elaun sara hidup RM200 sebulan kerana kemudahan itu hanya diberikan kepada nelayan yang turun ke laut dan mempunyai kad nelayan sahaja.

    Selain itu katanya, koperasi atau persatuan nelayan tidak dapat membantu keluarga Mohd Zam secara berterusan sebaliknya hanya mampu menyampaikan bantuan segera sahaja.

    Sehubungan itu beliau menasihati Mohd Zam mendapatkan bantuan daripada saluran lain yang lebih sesuai dengan masalah dihadapi keluarga tersebut.

    Sinar Harian semalam melaporkan, akibat kesempitan hidup, seorang isteri dari Kampung Kuala Abang, Dungun terpaksa menjual bot gentian kaca milik suami untuk mendapatkan wang agar anak dapat meneruskan persekolahan.

    Zaimah Abdullah, 53, berkata, sejak suaminya, Mohd Zam Ismail, 56, diserang strok mereka hilang tempat bergantung kerana suami tidak lagi dapat ke laut menangkap ikan tetapi mereka memerlukan duit untuk perbelanjaan harian, kos perubatan suami yang sakit dan anak sekolah.

    Sehubungan itu, dia merayu pihak tertentu membantu mengurangkan beban kewangan mereka.

    SUMBER

    Jika anda mampu dan sedar keperluan mendapatkan perlindungan takaful peribadi, anda tidak lagi perlu bergantung kepada pihak kerajaan atau pihak majikan anda. Pihak kerajaan hanya memberikan perlindungan insuran di tempat kerja dan hanya merangkumi kes kemalangan sahaja.

    Jika anda jatuh sakit, anda tidak dapat pampasan melainkan anda kemalangan di tempat kerja.

    Sama seperti SOCSO, anda hanya dibayar pampasan jika kemalangan semasa waktu kerja, termasuklah ketika pergi kerja.

    Dapatkan perlindungan takaful sekarang sebelum terlambat.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge