• Persepsi orang Melayu mengenai Insuran

    by  • 08/10/2013 • Pengurusan Kewangan, Protection & Investment • 0 Comments

    Salam.

    Saya kongsikan pengalaman di booth Econsave Alam Jaya pada Ahad lalu, ramai yang lalu lalang, bila dihulurkan flyers, majoriti akan kata , “Oh, saya dah ada”…”Saya dah ambil untuk satu keluarga”, dan pelbagai lagi respon yang berbagai2. Alhamdulillah mereka sedar kepentingan takaful.

    Namun saya agak kesal sedikit, sebab ada yang terus angkat tangan. “Talk to the hand” – Terminator 2

    Rasanya tak rugipun dengar apa yang perunding takaful ingin katakan. Free consultation orang Banjar kata. Orang British cakap, Rundingan Percuma.

    Ada juga yang cakap dah terminate polisi sebab ada ko-takaful, “Kena bayar 10% lah”, dia fed up, dia nak Free of Mind bila ambil insuran/takaful ni. Luahan pengalamannya melalui kakaknya yang terpaksa bayar 10% ko-takaful. Saya kongsikan sedikit mengenai ko-takaful ini. Zaman permulaan insuran ini diperkenalkan, 100% covered by Insuran Company, tapi bila ramai pelanggan insuran menyalahguna kelebihan ni, maka pihak insuran menghadapi sedikit kerugian.

    Maka, wujudlah polisi ko-insuran, di mana pihak pelanggan akan membayar sebahagian kecil kos rawatan; dengan pendekatan, pelanggan tidak lagi akan sewenang-wenangnya menggunakan kad perubatannya untuk kes yang tidak serius.

    Wujud juga pihak insuran yang menawarkan tanpa ko insuran, namun sebaiknya diperhatikan semua klausa yang diberikan. Kadangkala ianya bergantung kepada terma dan syarat yang tersembunyi.

    Prudential BSN juga kini telah menawarkan pelan perubatan yang “Free of Mind”, di mana tidak lagi memerlukan pelanggan mengeluarkan wang untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.

    Melalui HealthEnrich Premier, anda dikecualikan wang deposit, diberikan bilik VVIP/Suite (RM1000 semalam) di 6 Hospital terpilih seperti Prince Court Medical Center, dilayan dengan sebaiknya dan anda juga boleh memilih pembantu perubatan anda sendiri & kos rawatan anda ditanggung sepenuhnya oleh pihak PruBSN.

    Ini yang membezakan pelan perubatan yang ditawarkan oleh pihak insuran/takaful yang lain. We are the leading company in Innovation.

    Berminat untuk mendapatkan pelan perubatan terkini dari PruBSN, hubungi saya di 013-3111452 untuk temujanji.

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge