• Durian Party @ Muzium Telekom

    by  • 13/11/2013 • Event • 0 Comments

    durian party

    Menara Kuala Lumpur dan Muzium Telekom, dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), akan menganjurkan PARTI DURIAN pada 26 hingga 28 November 2013, dari jam 10:00 pagi hingga 8:00 malam di Muzium Telekom.

    Objektif utama penganjuran Parti Durian adalah untuk menarik minat warga Malaysia yang menyukai buah-buahan dan produk tani tempatan di samping bertujuan memperkenalkan buah-buahan tempatan kepada para pelancong terutamanya dari luar negara.

    Para pengunjung akan berpeluang menikmati buah durian, pulasan, rambutan dan manggis sebanyak mungkin apabila menyertai promosi ‘Makan Sehingga Kenyang’ yang berharga RM15.00

    Selain daripada buah durian, FAMA juga akan menyediakan gerai-gerai buah-buahan tempatan lain yang segar seperti rambutan, manggis, pulasan, dokong, buah naga, pisang, ciku dan jambu batu yang dijual dengan harga berpatutan.

    Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti Pertandingan Mengopek dan Makan Buah Durian Terpantas, Makan Buah-Buahan Tempatan Terpantas dan Teka Berapa Ulas Buah Durian, gerai-gerai Kaunter Pameran dan Informasi, Pameran Buah-Buahan Tempatan, dan Kaunter Informasi FAMA

    Jadi kepada peminat tegar durian, bawalah keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan anda ke Muzium Telekom untuk menikmati keenakan Raja Buah ini.

    Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-2020 5448 atau 03-2020 5444 dan layari laman web www.menarakl.com.my.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge