• Tujuh Kategori Kaya

    by  • 29/11/2013 • Pengurusan Kewangan • 0 Comments

    Tujuh Kategori Kaya by Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

    ustaz pahrol 3

    1. Kaya Dalaman

    Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi.

    2. Kaya Kesihatan

    Health is wealth (Kesihatan itu kekayaan). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.

    3. Kaya Perhubungan

    Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang di sekeliling dalm keadaan yang baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mestilah diutamakan kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayangi.

    4. Kaya Legasi

    Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang bijaksana. Jangan sekadar hidup secara yang biasa-biasa sahaja tetapi berilah impak yang signifikan yang terus berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah pemergian kita.

    5. Kaya Kerjaya

    Kerjaya menjadi sangat penting dalam dunia masa kini. Kerjaya adalah wadah bagi mengeluarkan seluruh potensi diri dan bakat seseorang. Kejayaan dalam kerjaya akan meningkatkan lagi harga diri.

    6. Kaya Pengalaman

    Jiwa manusia sentiasa dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman baru akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup. Kita tidak boleh terperangkap dalam rutin hidup yang sama sahaja pada setiap masa. Aktiviti-aktiviti kemanusiaan, sukan, perlancongan dan lain-lain akan memberikan kita rasa “kekayaan” yang sukar untuk digambarkan.

    7. Kaya Ekonomi

    Walaupun wang bukan perkara terpenting dalam hidup, namun ianya penting bagi memastikan kehidupan kita dapat diuruskan dengan baik. Ia akan memasti keperluan kita mudah disempurnakan tanpa bantuan orang lain. Wang kita mampu meringankan bebanan dan kesusahan orang lain dan secara tidak langsung memberikan kepuasan membantu orang lain.

    Credit to Majalah SOLUSI Isu No.37 November 2011

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge