• Kenaikan tarif elektrik TNB 2014

    by  • 01/01/2014 • Isu semasa, Pengurusan Kewangan • 0 Comments

    Bermulanya hari ini, Tenaga Nasional Berhad akan mengenakan tarif elektrik yang baharu. Namun mungkin ramai yang keluh resah mengenai kenaikan ini. Anda tidak perlu risau jika bil elektrik anda selama ini di bawah RM77.00, maka anda tidak akan merasai tarif baharu ini. Ini kerana tarif elektrik yang diubah ialah bagi penggunaan bulanan 301kWh ke atas sahaja di mana peningkatan ialah sebanyak RM0.116 atau 11.6 sen setiap kWh. Untuk makluman anda, tarif elektrik bawah 200kWh tidak pernah dinaikkan sejak 2007 dan tarif elektrik 200-300 kWh tidak pernah dinaikkan sejak 2010. Boleh rujuk tarif elektrik seperti di bawah.

    tarif electrik 2014

    Tarif Elektrik ( Domestic Consumer)

     

    Sebagai contoh, purata penggunaan bil elektrik anda ialah RM 97.00 (350kWh), dengan penggunaan tarif elektrik terbaharu, dengan jumlah penggunaan yang sama, bil anda ialah RM102.80. Maka terdapat perbezaan RM5.80 atau 6% peningkatan.

    Namun, semakin tinggi penggunaan anda, sebagai contoh purata penggunaan bil elektrik anda ialah RM 198.80 (600kWh), dengan penggunaan tarif elektrik terbaharu, dengan jumlah penggunaan yang sama, bil anda ialah RM231.80. Maka terdapat perbezaan RM33.00 atau 17% peningkatan. Boleh rujuk jadual seperti di bawah.

    contoh tarif baruMaka lebih baik jika kita pengurangkan penggunaan elektrik di rumah dengan mengikut tips penjimatan elektrik sehingga 40%.

    Secara total, perkongsian ini hanya untuk pengguna domestik, namun peningkatan tarif elektrik juga berlaku pada pengguna industri seterusnya akan meningkatkan kos operasi syarikat tersebut yang menjurus kepada pelarasan harga produk yang dikeluarkan. Justeru itu, desas desus peningkatan harga barang naik adalah benar kerana ianya meliputi pihak industri kecil serderha (SME) dan juga industri berat seterusnya merencatkan sedikit ekonomi Malaysia pada tahun 2014 menuju ke Wawasan 2020 yang hanya 6 tahun sahaja lagi.

     

    Sumber

    http://www.tnb.com.my/residential/pricing-and-tariff/tariff-rates.html

    http://www.tnb.com.my/residential/pricing-and-tariff.html

     

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge