• Kenapa anda tidak perlukan insuran nyawa selepas bersara

    by  • 04/08/2014 • Pengurusan Kewangan, Protection & Investment • 0 Comments

    Agen insuran dan takaful mungkin agak marah dengan penyataan ini, namun inilah hakikat sebenarnya. Walaupun saya sendiri sebagai konsultan takaful ini tidak bermakna segala produk insuran dan takaful menguntungkan pelanggan.

    Apa tujuan sebenar kita memiliki polisi insuran atau takaful?
    Sebagai perlindungan untuk kita andai berlaku musibah. Sejumlah pampasan akan diberikan kepada waris sebagai bekalan sementara samada untuk jangka masa pendek mahupun sederhana, melainkan anda meninggalkan polisi insuran RM4juta kepada waris anda.

    Namun berbalik kepada keperluannya ketika anda selepas bersara.

    1. Anda berkemungkinan tidak lagi mempunyai anak kecil yang bergantung sepenuhnya kepada anda. Jika ada sekalipun, ketika anda bersara, jumlahnya mungkin cukup untuk mereka.

    2. Kadar premium untuk insuran nyawa anda agak tinggi berbanding ketika anda muda dahulu. Lebih baik anda melakukan alteration, untuk diletakkan bahagian life premium kepada medikal premium. Anda juga boleh mengurangkan premium bulanan anda jika mempunyai rider manfaat hospital.

    Sebagai contoh, caruman bulanan anda RM500 sebulan, RM200 untuk life premium, RM300 untuk medikal premium, kemungkinan anda boleh mengurangkan kos life premium(downgrade) sum assured sehingga RM50-100. Namun ianya tertakluk kepada keadaan kesihatan anda. Boleh hubungi agen anda untuk pengesahan.

    3. Insuran atau takaful bukanlah plan pelaburan yang baik kerana ianya lebih bertindak sebagai plan perlindungan. Ini kerana anda akan mendapat hanya sejumlah kecil caruman jika anda menamatkan polisi anda. Melainkan anda menyertai plan investment link atau berkaitan pelaburan, namun premium untuk plan ini lebih mahal berbanding insuran nyawa kerana produknya dilaburkan ke unit amanah yang disediakan oleh pihak insuran /takaful malah ada bukti pelaburannya mampu mencecah lebih 11-13%, lebih tinggi dari ASB dan Tabung Haji.

    4. Anda bebas dari sebarang pinjaman bank. Jika tidak, keluarga anda mungkin menyalahkan anda kerana tidak melindungi hutang dengan insuran yang baik.

    Sebagai contoh, ketika anda sudah bersara, anda masih memliki hutang rumah sebanyak RM50k, namun insuran MRTT hanya melindungi RM30k sahaja, maka waris anda perlu membayar RM20k bagi melangsaikan baki hutang anda.

    Sebagai kesimpulan, anda mungkin perlukan insuran nyawa walaupun selepas bersara jika anda

    1. Masih mempunyai tanggungan di mana andai berlaku musibah, waris anda kemungkinan tidak mampu dari segi keperluan asas selama 2tahun.

    2. Masih mempunyai pinjaman bank yang tidak dapat ditebus dengan plan insuran sedia ada seperti MRTT dan sebagainya.

    3. Memiliki penyakit yang boleh menyebabkan tabung persaraan anda susut lebih cepat dari yang anda jangkakan.

    MF: Insuran merupakan komitmen sepanjang hayat, wajar anda mengemaskini jumlah sum assured, serta manfaat sekurang-kurangnya 3tahun sekali. Berjumpalah dengan perunding takaful anda. Saya juga menyediakan perkhidmatan rundingan percuma untuk melihat polisi insuran sedia ada anda.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge