• Nak jadi kaya?

    by  • 19/08/2014 • Motivation • 2 Comments

    Kaya. Banyak duit. Kaya hutang pun kaya. Hehe.

    Saya share tips untuk kaya walaupun saya pun belum kaya.

    Tips yang sangat mudah. Jangan berhenti belajar. Belajar tu melalui banyak cara.

    Salah satunya ialah dengan MEMBACA. Jangan membaca hanya untuk lulus peperiksaan.

    Selain itu, belajar melalui PENGALAMAN. Namun tak semua proses pembelajaran melalui pengalaman ini indah. Ada yang jatuh sehinggakan bangkrup sebelum menjadi Billionare (Donald Trump) Jika anda tidak sanggup melalui proses ini, maka anda mungkin tidak akan dapat bergelar jutawan.

    Wikipedia

    Selain belajar, kita juga perlu sokongan tambahan…

    IKHTIAR juga merupakan usaha terbaik dalam mengejar kekayaan. Masakan kita tidak berusaha akan dapat hasilnya. Jika selama ini anda berniaga offline. Namun jualan tidak memberangsangkan. Cuba anda ubah sedikit konsep bisnes anda. Jual online. Siapa tahu, dengan sedikit ikhtiar anda, jualan anda meningkat mendadak-dadak.

    DOA. Ia senjata umat islam. Doa meningkatkan harapan kita dengan Allah. Dengan Pencipta kita. Melalui doa, fikiran kita akan menjadi positif. Minda positif, menjadi tarikan kepada kita. Law of Attraction.

    Semoga perkongsian ini menjadi manfaat kepada para pembaca.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    2 Responses to Nak jadi kaya?

    1. 07/10/2014 at 8:12 am

      Saya setuju dengan pandangan untuk terus menambah ilmu dan pengalaman. Perkara ini memang betul dan penting bila kita ingin mencapai sesuatu matlamat, apatahlagi menjadi kaya.. hee 😉

    2. 07/11/2014 at 9:46 pm

      siapa tak nak kaya kan hehe, bagi saya motivasi dan sikap tidak putus asa yang menjadi asas paling penting

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge