• Langsai hutang PTPTN melalui KWSP

    by  • 08/12/2014 • Baru!, Pengurusan Kewangan • 5 Comments

    ptptn diskaun 20percent

    Umum ketahui bahawa Bajet 2015 telah mengumumkan PTPTN menawarkan sekali lagi diskaun 20% pembayaran penuh hutang PTPTN.

    Anda juga boleh membayar penuh melalui akaun 2 KWSP. Caranya sangat mudah.
    1. Semak baki terkini hutang PTPTN anda.
    2. Semak baki akaun 2 KWSP melalui kaunter KWSP ataupun kiosk KWSP yang berada di cawangan KWSP ataupun Easy-RHB. Anda juga boleh semak melalui online, namun untuk pendaftaran kali pertama, perlu daftar dahulu di kiosk KWSP .
    3. Jika jumlah baki akaun 2 KWSP anda melebihi daripada hutang PTPTN anda, maka anda layak untuk nikmati diskaun 20% itu. Sebagai contoh, Hutang PTPTN terkini RM7,000 Baki Akaun 2 KWSP RM8,672
    4. Dokumen yang diperlukan ialah

    a. Salinan Sarjana/Ijazah/Diploma (Bukti tamat pengajian)
    b. Surat baki terkini dari pihak PTPTN. Anda boleh dapatkan dengan mengisi borang dan hantar ke PTPTN melalui fax/emel. Ataupun boleh isi form online dari PTPTN di sini. Perlu isi form dan fax kepada PTPTN. Borang tuntutan lebihan pembayaran.
    c. Borang KWSP 9H(AHL), isi dan print untuk dikemukakan di kaunter. Jika tak boleh print, perlu ke KWSP ambil borang manual.
    d. Perjanjian Asal Pembiayaan Pendidikan PTPTN; atau Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN <- yang ini aku tengah fikir letak kat mana. Macam dah buang je.

    5. Anda perlu bayar terlebih dahulu jumlah terkini hutang tanpa mengira diskaun 20% terlebih dahulu.
    6. Selepas pembayaran penuh dibuat dari KWSP ke PTPTN. Anda akan diberikan bayaran lebihan terus ke akaun simpanan anda.

    Jika anda kurang jelas mengenai cara-cara di atas, boleh juga terus tanya di FB KWSP atau FB PTPTN.

    Hotline
    PTPTN: 03 2080 4455
    KWSP: 03-8922 6000

    Sumber

    Borang PTPTN http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2
    http://www.ptptn.gov.my/docs/Bajet2015/FAQ-diskaun20-bajet2015-final-latest.pdf
    http://www.ptptn.gov.my/web/guest/kwsp

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    5 Responses to Langsai hutang PTPTN melalui KWSP

    1. 08/12/2014 at 9:58 pm

      Mana nak cari surat perjanjian? dah bertahun dah. Takkan PTPTN tak simpan satu.
      MrZamri recently posted..Jom Aktifkan MykadMy Profile

    2. 14/12/2014 at 9:52 pm

      Tahu takpe. Memang sah2 kita tak simpan, silap2 dah bakar habis…

    3. 06/02/2015 at 5:08 pm

      Bayar jangan tak bayar. Sakit woo nak bayar. Terima kasih atas perkongsian ni :-)
      Azzahairi recently posted..Testimoni Dan Review Pembeli Panduan Rahsia KlikjerMy Profile

    4. note
      18/03/2015 at 6:20 pm

      bole gune link ni nk semak plan pmbyran korg thru kwsp
      http://www.thecoffeeaddicts.com/blog/bayaran-balik-pinjaman-ptptn-menggunakan-kwsp/

    5. 10/04/2015 at 10:31 pm

      terima kasih di atas perkongsian anda

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge