• Implikasi GST terhadap takaful

    by  • 13/04/2015 • Pengurusan Kewangan, Protection & Investment • 0 Comments

    GST-Insuran2

    Bermula pada 1 April 2015 lepas, seperti sedia maklum, GST telahpun diimplikasikan demi mendapatkan sistem percukaian secara menyeluruh menggantikan sistem percukaian yang lama iaitu SST yang mana tidak menyeluruh kerana hanya diaplikasikan di tahap pembekal.

    GST-Insuran1Saya tidak akan menyentuh secara mendalam mengenai GST kerana secara amnya, harga akan meningkat sedikit. Secara khususnya, bagi sumbangan takaful/insuran akan meningkat juga. Secara teknikalnya, caruman untuk takaful nyawa sahaja diKECUALIkan GST.

    Sebagai contoh, Pelanggan A memiliki plan takaful RM200 sebulan, pecahan seperti di bawah.

    Takaful Nyawa RM80.00 (Z-GST) – Produk Takaful/Insuran Nyawa
    Takaful Perubatan RM90.00 (S GST) – Produk Bukan Takaful/Insuran Nyawa
    Takaful Kemalangan/36 Penyakit Kritikal RM30.00 (S GST) – Produk Bukan Takaful/Insuran Nyawa
    RM200.00
    GST Applicable RM120.00
    6% GST RM7.20
    Slack 10% RM20.00
    Saving ke Pelaburan Berkaitan (10%-6%) RM12.80

    # Kiraan di atas hanya sebagai ilustrasi sahaja. Sila dapatkan penerangan lanjut mengenai implikasi GST ke atas caruman bulanan anda melalui Pegawai syarikat penyedia takaful/insuran anda.

    Bagi yang sudah memiliki polisi takaful/insuran sedia ada, pihak takaful/insuran telahpun mengeluarkan surat kepada para pemegang polisi/sijil takaful mengenai kemungkinan sebarang kenaikan premium bulanan.

    Sekiranya kadar tabarru takaful anda meningkat, anda mungkin akan dinasihatkan untuk upgrade sumbangan takaful anda bagi mengelakkan tabung persaraan/pendidikan anak anda mengecut disebabkan GST ini.

    Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan BEng (Hons) Communication(UniMAP) & Dip Electronic Eng (PUO), kini bekerja sebagai eksekutif di GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge