• Apa sebenarnya fungsi hibah?

    by  • 20/06/2017 • Pengurusan Kewangan • 0 Comments

    Salam 25 Ramadhan 1438H

    Sejak dua menjak ini, ramai pihak agen takaful dari pelbagai syarikat takaful memperkenalkan hibah takaful, ada yang bagi RM1juta, ada yang kurang dari itu, tapi paling minimum RM150ribu.

    Kenapa perlu konsep hibah?
    Hibah dalam erti kata lain ialah pemberian hadiah. Hadiah itu boleh jadi berbentuk hartanah mahupun wang ringgit. Bila diaplikasikan di takaful, diberikan nama hibah takaful, dimana peserta takaful menghibahkan sejumlah pampasan kematian kepada sesiapapun nama yang dihibahkan.
    Kebiasaan peserta menghibahkan kepada isteri/suami sebagai pengantian pendapatan sekiranya peserta meninggal dunia.

    Berapa jumlah hibah yang sesuai?
    Bergantung kepada kemampuan peserta. Kebiasaan pihak penasihat takaful mengesyorkan jumlah 2 tahun pendapatan tahunan.
    Jika peserta bergaji RM5k sebulan, maka jumlah pampasan kematian yang sesuai ialah RM120k. Namun kita boleh sum up kepada RM150k bergantung kepada peserta.

    Plan hibah takaful mana lebih sesuai?
    Terkini banyak syarikat menawarkan plan hibah takaful. Di PruBSN sendiri ada banyak produk tradisional mahupun berasaskan pelaburan( investment link).
    1. Jika anda ada kemampuan lebih, bolehlah untuk memiliki plan investment link iaitu PruBSN Warisan, di mana perlindungan sehingga umur 70/80tahun dan anda boleh memilih untuk membayar hanya untuk 5/10/20 tahun pertama sahaja ataupun pembayaran sehingga dalam tempoh perlindungan. Saya syorkan plan ini kerana ianya mempunyai akaun simpanan, dimana anda boleh keluarkan sebahagian wang di dalam akaun simpanan pada bila-bila masa dalam tempoh perlindungan. Minimum RM100 sebulan bergantung umur kemasukan & jumlah pampasan.

    2. Namun, jika anda mempunyai sedikit kesesakan wang, anda juga boleh memilih plan tradisional melalui PruBSN Protect, dan tempoh perlindungan minimum 5tahun sehingga umur 80tahun serendah 0.67sen sehari, ataupun RM20 sebulan bergantung umur kemasukan & jumlah pampasan.

    Sudah ada plan takaful?
    Semak kembali dengan pihak agen anda mengenai status penama yang anda letak semasa permohonan takaful sebelum ini, jika penama diletakkan sebagai wasi, ataupun penerima amanah, andai berlaku kematian, wang tersebut akan disalurkan kepada penama tersebut hanya sebagai pemegang amanah dan wajib dibahagikan mengikut hukum faraid.
    Jika penama sudah ditandakan sebagai hibah, penama akan terima wang tersebut 100% dan tidak boleh difaraidkan serta dituntut di mahkamah kelak.

    Ingin lebih informasi mengenai hibah takaful? Boleh hubungi saya di bawah.

    Muhamad Fadhlan, PruBSN Takaful Consultant
    013-3111452

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan Sarjana Telekomunikasi, kini bekerja sebagai jurutera di anak syarikat GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge