• Risiko tukar insuran/takaful

    by  • 19/06/2017 • Pengurusan Kewangan • 0 Comments

    Minggu lepas, saya datang ke pejabat lama atas urusan klien nak claim elaun wad anaknya. Terserempak dengan klien yang lain di pejabat yang sama.

    Ada rakan klien menukar plan takaful dari PruBSN ke Syarikat ABC gara-gara agen PruBSN sudah tidak aktif & agen baru yang ditugaskan tidak menghubungi beliau. Jadi sijil takaful dibiarkan tidak dibayar secara bulanan.

    Ditakdirkan, selepas tempoh bertenang 120hari medikal kad Syarikat ABC, rakan klien dimasukkan ke hospital swasta gara-gara batu karang. Rupanya ada kes batu karang ini dikongsikan sebelum ini oleh Ariff Shah

    Tiba-tiba, GL Syarikat ABC ditolak kerana batu karang kemungkinan sudah ada lama & under questionable period. Jika ingin dapatkan rawatan, klien perlu pay & claim. Agen Syarikat ABC nasihat rakan klien untuk ke hospital kerajaan. Naik angin juga bila bayar takaful, tapi tak boleh guna di hospital swasta.

    Mujur dia teringat sijil takaful yang lama dan cuba untuk dapatkan GL dari PruBSN. Syukur sijil takaful PruBSN masih inforce dan GL untuk rawatan buang batu karang diteruskan.

    Moral of the story (MOTS):
    1. Semak kembali polisi insuran/sijil takaful anda. Jika anda pernah dimasukkan ke hospital di atas apa jua rawatan, jika kad perubatan untuk syarikat insuran/takaful yang baru tidak akan melindungi penyakit sedia ada @ dalam tempoh bertenang. Jika ingin rawatan, pay & claim. Semua bergantung kepada hasil soal siasat pihak insuran/takaful, jika penyakit berada lebih lama dari tempoh bertenang (120 hari), claim anda akan ditolak. Jika doktor membuktikan penyakit tersebut terjadi selepas dari tempoh bertenang, maka claim anda akan dibayar serta merta. Win-Win.

    2. Kelebihan polisi insuran/sijil takaful berasaskan pelaburan (investment link) – andai anda tidak bayar, atau terlewat bayar, anda masih boleh gunakan medikal kad anda selagi ianya masih inforce (sah). Namun pastikan ketika isi borang permohonan terdahulu, anda tick pada auto deduction on investment unit account (IUA). Jika medikal kad anda jenis stand alone, pastikan ada rider/option yang anda masih boleh guna kad perubatan andai terlepas bayaran bulanan. Saya dengar ada kad perubatan yang jika terlepas 1bulan, polisi terus terminate. Jika ambil baharu, terpaksa tunggu lagi 120 hari tempoh bertenang. 🙁

    3. Saya pernah dengar info, hanya 30% agen akan bertahan dalam tempoh 5 tahun sebagai agen insuran/takaful. Jika info ini salah, sila abaikan ya. Kebanyakan agen yang ditamatkan disebabkan tidak memenuhi kritiria tahunan yang ditetapkan ataupun agen itu memang bermasalah (ethical issue). Namun, anda sebagai client tidak perlu risau sebab akan ada agen yang akan ditugaskan menjaga anda.

    4. Jangan terlalu bergantung harap (attach) dengan agen, dia cuma pemudah cara. Kontrak polisi/sijil kita dengan syarikat insuran/takaful, bukan dengan agen. Ketahuilah bahawa kita juga boleh berurusan terus dengan syarikat jika agen tidak membantu anda. Anda juga ada hak untuk menukar agen yang bermasalah dengan agen yang anda kenali, bergantung dengan terma & syarat syarikat tersebut.

    5. Saya perlu ingatkan bahawa syarikat takaful hanya pengurus risiko yang menjaga dana umum(tabaru’ fund) seluruh peserta takaful (perkongsian bersama), andai berlaku penyalahgunaan dana umum, maka berkuranglah dana tersebut. Bayangkan jika peserta A, memang nyata menyembunyikan penyakitnya, lalu habis dana tersebut, maka bagaimana peserta B dan seterusnya untuk guna dana untuk masa hadapan kelak? Sebab itu wujudnya tempoh bertenang 120 hari tersebut.

    Semoga memberi manfaat kepada semua yang membaca.

    Like & Share dibenarkan. Komen yang elok-elok.

    Muhamad Fadhlan, PruBSN Takaful Consultant
    013-3111452

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    About

    Berkelulusan Sarjana Telekomunikasi, kini bekerja sebagai jurutera di anak syarikat GLC terkemuka di Malaysia. Merupakan penulis utama Mfadhlan.com. Berpengalaman di bidang bisnes peruncitan, asas keusahawanan, pengurusan kewangan serta takaful. Jika anda musykil mengenai sebarang info yang dikongsikan, disarankan anda merujuk kepada pakar yang bertauliah terlebih dahulu. Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian di pihak anda.

    http://www.mfadhlan.com

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge