Al fatihah utk sahabatku, Mohd Noor Asrufaiz Mohd Salji

January 31st, 2009

Alfatihah kepada allahyarham Mohd Noor Asrufaiz Mohd Salji, yg meninggal dunia akibat ditembak seorg yang tidak dikenali.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin…

Lelaki tembak juruteknik diburu
KUALA LUMPUR: Polis kini memburu seorang lelaki misteri dipercayai pembunuh upahan selepas bertindak kejam menembak seorang juruteknik, Mohd Noor Asrufaiz Mohd Salji, 24, dari jarak dekat hingga mati sebaik keluar bersama teman wanitanya dari sebuah pusat hiburan di Plaza Sentral, kira-kira jam 4 pagi kelmarin.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Kommisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata pihaknya masih belum dapat memastikan motif sebenar kejadian itu berikutan masih belum selesai mengambil keterangan daripada saksi.

“Siasatan sedang dijalankan berhubung kejadian melepaskan tembakan itu, dan sehingga kini beberapa saksi di tempat kejadian dipanggil untuk dirakam percakapan termasuk teman wanita mangsa.

“Kami akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan masih belum dapat memastikan motif sebenar kejadian, termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan letak kereta pusat hiburan itu,” katanya.

Bari berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa diekori penjenayah berkenaan sebelum ditembak dari jarak dekat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta untuk menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, kakak mangsa, Siti Noor Shawalriah Mohd Salji, 27, ketika dihubungi berkata dia sekeluarga tidak menyangka kejadian malang itu akan menimpa adiknya.

Katanya, adiknya adalah seorang yang baik serta pendiam serta tidak suka mencari masalah dengan orang lain.

“Kami hairan mengapa ada orang yang sanggup bertindak begitu kejam kepada arwah sedangkan dia seorang yang baik.

“Dia amat susah bergaul dengan orang asing, apa kami tahu kawan rapatnya adalah teman serumahnya,” katanya.

Katanya, mangsa yang sudah beberapa tahun bekerja di Kuala Lumpur itu tinggal bersama rakannya di Pandan Indah sejak tiga tahun lalu.

Mayat mangsa sudah dituntut keluarganya di Jabatan Forensik HKL, semalam untuk dibawa pulang ke kampung di Raub, Pahang bagi urusan pengebumian.

Dalam kejadian di Plaza Sentral itu, Mohd Noor Asrufaiz maut sejurus tiba di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kecederaan parah selepas ditembak.

Ketika kejadian, mangsa bersama teman wanitanya berusia 24 tahun, dikatakan sedang membuka pintu kereta sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang penyerang yang mengacukan pistol kepadanya tanpa disedari.

Teman wanita mangsa yang terkejut dengan bunyi letupan itu hanya mampu menangis apabila melihat kekasihnya itu dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di tepi keretanya.

Mangsa sempat dikejarkan ke HKL, bagaimanapun disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090128090140/Article/index_html

p/s: sahabat main bola kt taman mutiara 1, raub, phg…


5 Responses to “Al fatihah utk sahabatku, Mohd Noor Asrufaiz Mohd Salji”

  1. yati on February 1, 2009 5:29 am

    kejamnye manusie skang ni… ni kwn lan ke??

  2. mfadhlan on February 2, 2009 8:35 am

    kwn ms kt raub dlu…rapat jgk la dgn dia ms kecik2 dlu…

  3. atiqah on February 3, 2009 8:21 am

    ape jadik ngn kes neh…gile ah,kna tmbak dr jarak dekat..nk jadi zionis ke?manusia skg mkin bodoh dan kejam.

  4. elliyuzikorn on February 6, 2009 7:52 am

    peh,mmg brutal mmber ko nye killer ni lan. sanggup upah pembunuh upahan 4 nk tembak mmber ko sbb rampas gF die.

  5. kimmy on May 15, 2009 6:04 am

    perrggghh…giler! zaman skrg mmg kena berhati2.klu dah perasaan dengki dan marah menguasai fikiran.teman baik yg depan mata pon leh bertindak umpama org yg x der tammdun..

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind