• PruBSN Protect

    Lindungi hak dan keutamaan kita. Lindungilah yang tersayang.

    Dengan PruBSN Protect, hidup diteruskan

    PruBSN Protect membantu anda dan keluarga anda bersedia untuk menghadapi kejadian yang tidak diingini seperti kehilangan nyawa atau hilang upaya. Walaupun anda tiada lagi bersama mereka atau pendapatan anda terhenti, PruBSN Protect mampu membantu anda dan yang tersayang untuk meneruskan kehidupan dengan menyediakan sumber kewangan.

    Melalui pelbagai jenis komitmen, anda boleh memilih pelan yang khusus mengikut kehidupan dan keperluan anda. Perlindungan yang inovatif ini juga mengambil kira semua kemungkinan di dalam menyediakan pelan yang khusus supaya anda dan keluarga anda dapat meneruskan kehidupan.

    PruBSN Protect. Pelan yang memikirkan kehidupan harian anda.

    Bagaimanakah PruBSN Protect dapat membantu anda?

    Perlindungan kewangan untuk keluarga anda Memberikan keluarga anda wang tunai sekiranya anda kehilangan nyawa, supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu risau tentang kewangan.
    Perlindungan kewangan untuk anda Memberikan anda wang tunai sekiranya anda tidak dapat terus menyara hidup disebabkan hilang upaya kekal dan menyeluruh.
    Perlindungan kewangan dalam menghadapi inflasi Dengan PruBSN ProtectPlus, jumlah perlindungan anda meningkat 5% setiap 3 tahun sepanjang tempoh sijil dengan itu memberi perlindungan terhadap inflasi.
    Meninggalkan warisan buat yang tersayang Menjamin kesejahteraan kewangan orang tersayang sekiranya anda meningggal dunia.
    Menjamin supaya perniagaan anda diteruskan Memberi pampasan kepada rakan niaga anda kerana kehilangan anda sebagai rakan kongsi.
    Sumbangan minimum bagi manfaat yang menyeluruh Memastikan perlindungan kewangan sepenuhnya dengan sumbangan serendah RM0.671 sehari!
    Jaminan tempat tinggalbagi keluarga anda Gunakan wang tunai dari pelan ini untuk menyelesaikan gadai janji rumah anda bagi menjamin tempat tinggal keluarga anda sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda.
    Selamatkan mereka yang tersayang dari bebanan kewangan Gunakan wang tunai dari pelan ini untuk menyelesaikan hutang-piutang anda dan hindarkan mereka yang tersayang dari bebanan kewangan masa hadapan.

    ProtectPlus
    Carta berikut memberi gambaran peningkatan jumlah perlindungan yang boleh didapati dengan PruBSN Protect Plus.

    Pelan ini sesuai untuk menggantikan MLTA, MRTT, melindungi pinjaman peribadi, bayaran tertunggak kad kredit dan sebagainya.

    Info lebih lanjut di sini

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge