• PruBSN TakafulLink(26 hingga 70 tahun)

    Satukan Matlamat Kewangan anda untuk Kebebasan Kewangan Sepenuhnya

    Apakah PruBSN TakafulLink?
    PruBSN TakafulLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun. Dengan pelbagai manfaat tambahan yang disediakan, anda dapat memiliki pelan Takaful komprehensif yang dapat membantu anda menguruskan keperluan anda yang berubah-ubah.
    PruBSN TakafulLink adalah untuk anda jika anda berumur di antara 26 hingga 70 tahun.

    Apakah tawaran PruBSN TakafulLink?
    Dengan jumlah serendah RM100 sebulan, anda akan menikmati manfaat di bawah kerana menjadi pelanggan setia kami.

    Peroleh Bonus Loyalti7 Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan2 perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu

    Lengkapkan liputan perlindungan anda dengan manfaat-manfaat9 tambahan berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

    Tingkatkan perlindungan perubatan dan kesihatan anda
    • Hanya dengan Takaful Health2 anda boleh mendapat manfaat Bilik & Penginapan LEBIH TINGGI dan diberi GANJARAN melalui Bonus bagi Tiada Tuntutan (NCB). Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk memilih opsyen ko-Takaful atau deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000
    • Tingkatkan perlindungan perubatan anda dengan manfaat-manfaat berikut:
      • TH Auto Upgrade – Pelan anda akan dipertingkatkan ke pelan lebih tinggi secara automatik pada ulang tahun ke-5 atau ke-10 tanpa mengira keadaan kesihatan atau sebarang tuntutan perubatan yang anda telah lakukan
      • TH Annual Limit Waiver – Kini, TH Annual Limit Waiver disediakanuntuk semua pelan Takaful Health2. Anda boleh sertakannya dan membuat tuntutan sehingga had seumur hidup (tertakluk pada ko-Takaful) dalam tempoh satu tahun
      • TH Retirement – Jika anda memilih opsyen deduktibel untuk
    • TH Overseas – Dapatkan rawatan di luar negara iaitu di Singapura, Hong Kong, China dan India untuk LIMA jenis keadaan yang dilindungi – Pembedahan berkaitan dengan kanser, Pembedahan saraf, Pembedahan pintasan arteri koronari, Pembedahan injap jantung dan Pembedahan pemindahan organ
    Perlindungan untuk penyakit kritikal Sertakan Crisis Shield atau Crisis Cover Plus untuk mendapat perlindungan bagi 36 jenis penyakit kritikal
    Tingkatkan dana simpanan anda Tingkatkan simpanan anda melalui dana pelaburan terurus kami, Takafulink Dana Urus, atau cepatkan pertumbuhannya dengan melabur dalam ekuiti melalui Takafulink Dana Ekuiti atau Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
    Pelihara dana simpanan anda Kekalkan simpanan anda untuk hari kemudian dengan melabur dalam dana yang lebih terjamin, Takafulink Dana Bon

    7 Tertakluk kepada terma dan syarat
    8 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda
    9 Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan

    SUMBER

    Muat turun brosur PruBSN Link Series di sini

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge