Rakyat Malaysia Wajib Ambil Insuran Kesihatan

Utusan Malaysia

 

MII

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Kerajaan mengkaji mewajibkan semua penduduk Malaysia mempunyai insurans kesihatan pada masa depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, Institut Insurans Malaysia (MII) diminta untuk menjalankan penyelidikan terhadap cadangan tersebut.

”Memandangkan pada masa ini tiada sebarang peraturan yang mewajibkan individu mempunyai insurans kesihatan, mungkin MII boleh menjalankan penyelidikan bagi sektor tersebut.

”Mungkin mereka boleh melihat sistem yang telah dilakukan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat contohnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 (MIS 2012) di sini hari ini.

Bagi pandangan saya dari sudut perspektif perunding takaful, ini sangatlah wajar dilakukan. Ini akan melonjakkan perkembangan insuran dan takaful di Malaysia. Kenapa saya kata langkah yang wajar?
Sebabnya,

kos rawatan kpj

1. Tiada lagi orang bankrup sebab berhutang kad kreditĀ  bayar bil hospital.
Bukankah terdapat statistik yang mengatakan rakyat Malaysia yang diistihar bangkrup, salah satunya disebabkan membayar bil hospital. Di Singapura, jika anda mempunyai kad perubatan atau kad kredit sahaja dibenarkan menerima rawatan perubatan di hospital. Dengan menyumbang caruman takaful serendah 5-10% dari gaji anda, anda boleh menyelamatkan 90% gaji anda untuk membayar bil perubatan. Bukankah elok kita sediakan payung sebelum hujan?
2. Negara jimat berjuta ringgit bagi menampung kos perubatan di hospital kerajaan.
Sememangnya kerajaan wajar memberikan perkhidmatan perubatan percuma untuk rakyatnya. Namun, alangkah baiknya jika golongan yang memerlukan perkhidmatan hospital kerajaan. Saya yakin anda juga bersetuju andai hospital kerajaan hanya untuk golongan miskin sehingga sederhana atau kemungkinan yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan serta mempunyai jumlah tanggungan melebihi 3 orang.
Perkiraan kelayakan mungkin boleh dibincangkan di atas meja bulat bersama pihak kementerian kesihatan, pihak insuran, hospital swasta bagi memberikan garis panduan yang lebih menyeluruh.

hospital klang

3. Kemudahan hospital kerajaan dapat dipertingkatkan.
Jika jutaan ringgit dapat dijimatkan, kemudahan sedia ada di hospital kerajaan dapat dipertingkatkan malah dapat diperluaskan di setiap kawasan yang memerlukan. Jika lihat Hospital Klang, mungkin boleh dikategori antara hospital yang padat dan sibuk. Banyak rungutan yang didengari dari pesakit, baik tua mahupun muda. Semuanya kerana kekurangan katil.
4. Industri perubatan akan berkembang secara sihat.

nurse

Jika sebelum ini, hospital swasta cuma menerima golongan kelas pertama untuk mendapatkan rawatan, kini hospital dapat memberikan perkhidmatan kepada golongan kelas pertengahan. Ini meningkatkan pendapatan industri swasta seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan seperti jururawat serta doktor. Ini juga mewujudkan persaingan sihat antara hospital swasta, seterusnya menyediakan kos rawatan yang lebih berpatutan dan tidak membebankan pesakit. Ini kerana terdapat kad perubatan yang menyediakan ko-insuran / ko-takaful yang mewajibkan pesakit membayar sebahagian kecil dari jumlah kos perubatan. Walaupun ada pihak insuran/takaful memberikan free ko-takaful/ko insuran, namun itu tertakluk kepada jumlah had tahunan masing-masing.
Ulasan di atas hanyalah sebagai pendapat saya sebagai perunding takaful. Untuk maklumat lanjut mengenai produk takaful dari Prudential BSN Takaful, boleh hubungi saya di 013-3111452 (Fadhlan)